HIBURAN
Selepas 15 Tahun Berhenti Berlakon, Watak Tuyah Beri Rezeki Baharu Buat Ezu Hashim - “Tidak Sangka Watak Itu Akan…”
Pelakon, Ezu Hashim mendedahkan dia keluar dari dunia lakonan pada ketika dahulu kerana merasakan itu bukanlah minatnya.
Jelas Ezu, semasa mendapat tawaran berlakon dalam semua drama 15 tahun dahulu, dia tidak merasa selesa untuk pergi ke set pengambaran ditambah pula sedang mengandungkan anak keduanya.
“Kalau ikutkan drama pertama saya adalah 15 tahun lepas iaitu Tari Tirana, itulah cerita pertama dan saya terus stop sebab saya rasa dunia lakonan ini bukan dunia saya pada ketika itu.
“Saya rasa kekok nak pergi shooting dan masa tengah shoot drama itu saya tengah mengandung anak kedua jadi mungkin keselesaan itu kurang ada jadi saya terus berhenti dan saya hanya fokus kepada keluarga saya sahaja,” kongsinya.
Namun pada tahun lepas, Ezu atau Ezuriani Hashim telah menerima tawaran untuk berlakon dalam sebuah drama iaitu Khun:Sa dan tidak menyangka bahawa watak itu telah membuka rezekinya untuk kembali ke dunia lakonan.
“Ada produced tegur bila dia nampak gambar saya dekat Facebook, dia ajak saya untuk buat comeback, saya pun fikir anak-anak dah besar jadi saya pun bersetuju untuk mencuba kembali berlakon.
“Producer itu juga kata watak saya kecil sahaja namun tidak sangka watak Tuyah itu boleh meletup. Selepas 15 tahun saya tinggalkan dunia lakonan, sekarang saya akan fokus untuk kembali berlakon,” katanya kepada Gempak.
Bercakap soal sokongan suami, Ezu memberitahu suaminya sangat menyokongnya untuk kembali ke dunia seni.
Jelas Ezu, memandangkan anak-anaknya juga semua sudah besar, jadi dia bersetuju untuk memulakan kembali langkahnya dalam bidang seni yang sudah lama dia tinggalkan.
“Suami saya okay sahaja, sebelum ini ada sahaja budak ejat offer saya tapi saya belum bersedia sebab anak masih kecik. Tapi sekarang bila anak semua dah besar jadi saya cuba, suami pun kata kalau sudah rezeki saya di dunia lakonan dia izinkan,”ujarnya.
Must-Watch Video