Muzikal Lawak Superstar 2

MLS2: “Minggu Yang Cukup Berat” - Danial Zaini Akui Sukar Melawak Tanpa Penonton

gempak
Mya Amri
09/03/2021
12:33 MYT
Sponsor Banner
MLS2: “Minggu Yang Cukup Berat” - Danial Zaini Akui Sukar Melawak Tanpa Penonton
Bintang Muzikal Lawak Superstar (MLS2) Danial Zaini akui agak sukar untuk membuat persembahan tanpa penonton.
Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Danial menyatakan minggu kelima MLS2 merupakan antara yang paling mencabar.
“Semua Allah sayang. Terima kasih semua. Memang minggu yang cukup berat sebab pertama kali buat lawak tanpa penonton.
“Alhamdulillah rezeki hari ni. Terima kasih kepada yang mendoakan. Terutama kepada Paksu @paksu_shamsul_ghaughau sebab sudi bersama kumpulan Heart minggu ni.
“Harap minggu depan ada penonton lah ya. Allah sayang semuaa. #heartmls2020,” tulisnya.
Selain Danial, Heart juga dianggotai oleh Ezad Lazim dan Azmi Saat.
Minggu lalu menyaksikan Heart menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 54.79%.
MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).
MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.
Untuk perkembangan terkini MLS2, layari laman web rasmi Muzikal Lawak Superstar 2 DI SINI.
Untuk mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI.
Untuk info: Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) kini kembali membuka tirai pada Jumaat lalu selepas ditangguhkan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakkan yang dilaksanakan buat kali kedua sebelum ini.
Bagaimanapun MLS2 tetap mematuhi SOP yang ditetapkan dan berlangsung tanpa penonton.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live