Muzikal Lawak Superstar 2

MLS2: “Saya Agak Trauma Sebenarnya…” – Chiwan Akui Trauma Sebelum Dapat Masuk Separuh Akhir

gempak
Mya Amri
01/04/2021
06:46 MYT
Sponsor Banner
MLS2: “Saya Agak Trauma Sebenarnya…” – Chiwan Akui Trauma Sebelum Dapat Masuk Separuh Akhir
Anggota kumpulan ABC, Chiwan akau sedikit trauma sebelum berjaya memasuki pentas separuh akhir Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) yang berlangsung pada Jumaat lalu.
Menurut Chiwan, sebelum ini dia tidak pernah bernasib baik dalam mana-mana pertandingan yang boleh melayakkan dirinya ke peringakat separuh akhir.
“Alhamdulillah, saya sendiri sebenarnya tak sangka kami dapat masuk separuh akhir. Rasa syukur sangat-sangat.
“Sejujurnya saya agak trauma sebab selalunya saya pasti akan tergelincir apabila tiba masa untuk ke peringkat separuh akhir.
“Tidak kisah apa-apa program yang saya masuk pasti kebanyakan akan terbabas sebelum layak ke peringkas itu.
“Tetapi perkara itu tidak mematahkan semangat saya. Saya terus berusaha, yakin pada rezeki, usaha lebih… Alhamdulillah berjaya juga akhirnya.
“Dengan adanya Achok dan Cik B, rasanya lebih bersemangat lagi. Kami semua sentiasa memberikan sokongan antara satu sama lain.
“Sama ada dapat atau tidak untuk ke final, itu terletak pada rezeki. Yang penting kami akan berikan yang terbaik dan selebihnya berserah,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.
BACA: MLS2: Lebih Lima Kali Bottom 3, Rezeki Zuzuzu Berjaya Separuh Akhir! Mashuk Pula Tersingkir
MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).
MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 KLIK SINI.
Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live