,
Muzikal Lawak Superstar 2

Tiru Watak Ketua Pembangkang Dalam Program MLS, Danial Zaini Terima Pujian Anwar Ibrahim - “Salute!”

Azwa Rahman
28/03/2021
11:42 MYT
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian wargamaya apabila dengan sportingnya memuji persembahan peserta Muzikal Lawak Superstar (MLS) Danial Zaini yang meniru aksinya dalam program tersebut Jumaat lalu.
Menerusi laman sosial Twitter, Anwar mengulang ciap hantaran seorang pengguna yang berkongsi babak Danial menjadi Anwar Ibrahim sambil memuji usaha pelawak tersebut. Menerusi perkongsian video berdurasi dua minit itu, kumpulan Heart yang terdiri daripada Ezad Lazim, Azmi Saat dan Danial mempersembahkan skesta perebutan jawatan ketua kampung.
Danial menjadi Anwar Ibrahim manakala Azmi meniru Usop Wilcha, berdebat manifesto masing-masing sehingga membuatkan tiga juri tetap Datuk Awie, Nur Fazura dan Zul Ariffin ketawa besar.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji persembahan Danial dan sikap Anwar yang tidak melatah dengan aksi parodi tersebut.
Hampir sama gaya dan suaranya. Bukan senang nak tiru begitu #salute,” kata seorang wargamaya.
Salute to you @anwaribrahim . Your open-mindedness shows that you are indeed a great leader and open for any critisism and suggestions,” puji seorang wargamaya.
Betul..aku suka sangat lawak "convincing/formidable/numbers" tu. Memang terbaiklah, patut dapat pencalonan,” ujar seorang wargamaya.
Bila @DanialZaini1 keluar berbaju putih, aku dah hagak dia jadi @anwaribrahim dan terbukti watak DSAI tu menjadi. Dia cuma tiru gaya tapi tak menghina DSAI,” sokong seorang wargamaya.
Steady, tak melantun pun,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, ciapan Anwar tersebut telah menerima hampir 4,000 tanda suka daripada wargamaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Bawa Sentuhan ‘Magika’, Muzikal Lawak Superstar 4 Tampil Dengan Kombinasi Pempengaruh, Pelakon & Pelawak!

gempak
11/09/2024
07:00 MYT
Astro kembali menggabungkan pelakon, pelawak, penyanyi dan pempengaruh di atas pentas komedi muzikal menerusi musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’.
Hiburan

PMX Kagum Dengar Kehebatan Suara Emas M Nasir, Terkesan Lagu Tribute Buat Palestin

gempak
11/08/2024
08:55 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa dengan menghadiri konsert penyanyi legenda tanah air, Datuk M. Nasir 45 Tahun Cipta di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
Hiburan

A.R Rahman Bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Ini Hal Yang Dibincangkan!

gempak
10/07/2024
06:36 MYT
Meskipun jadual padat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertemu dengan penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman di Bangunan Parlimen, semalam.
Berita

Mengangkat Tema Jihad & Perjuangan, Anwar Ibrahim Ajak Orang Ramai Hadir Pementasan Haji Murat

gempak
24/06/2024
11:55 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai bersama-sama hadir, ikuti dan hayati pementasan teater 'Haji Murat' yang akan dipentaskan selama empat hari di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, bermula Rabu ini.
Viral

Penurunan Harga Telur: Peniaga Lega, Bantu Kurangkan Kos Operasi

gempak
17/06/2024
15:00 MYT
Penurunan harga runcit telur ayam gred A, B, dan C sebanyak 3 sen sebiji berkuat kuasa pada Isnin memberi kelegaan kepada golongan peniaga terutamanya yang melakukan perniagaan kecil-kecilan selain turut disambut baik pengguna di seluruh negara.