Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Kalau Hobi Pergi Kumpul Setem Atau Tangkap Rama-Rama” - Datuk Awie Bidas Aliff Syukri

Mya Amri
23/08/2022 23:00 MYT
Vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie membidas kenyataan pengasas kosmetik, Datuk Aliff Syukri yang mengatakan apa yang dilakukan hanyalah sekadar hobi.

Menurut Awie, industri hiburan tanah air merupakan satu pekerjayaan yang serius dan bukan untuk dipandang remeh.

“Betul itu hobi dia, tapi ini kerjaya kami. Kalau kita duduk dalam satu industri, industri itu adalah satu perkara yang serius.

“Industri pengangkutan, industri pertanian, industri seni dan hiburan. Industri adalah satu perkara yang serius.

“Maka saya dan yang lain-lain duduk di dalam ini adalah kerana ini kerjaya kami, bukan hobi kami. Ini kerjaya yang kami cari daripada titik peluh menyanyi, main muzik, lakonan dan sebagainya.

“Ini adalah seratus peratus serius. Kalau ada hamlau yang datang nak mengacau industri maka kami ini jadi marahlah.

“Kerana kita nak orang yang datang bukan sekadar hobi. Kalau hobi pergi kumpul setem, tangkap ikan ke cari rama-rama ke, itu hobi,” katanya.

BACA: “Dah Kaya Tu Kayalah, Jangan Lacur Industri Kami!”- Datuk Awie Mohon Selamatkan Industri Muzik

Ketika ditanya mengenai keinginan Alif untuk berduet dengannya, ini jawapan ringkas Awie,

“Suruh dia pergi vokal class dulu, habiskan dulu,” ujarnya.

Terdahulu, kemunculan lagu baharu usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berjudul Baby Sayang dianggap sebagai perosak industri muzik.

Dalam perkembangan lain, Awie merupakan juri tetap Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) bersama Siti Saleha dan Najip Ali.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022

#Datuk Awie #Datuk Seri Aliff Syukri #Muzikal Lawak Superstar #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3