Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLS3: “Empat Bintang Untuk Tugasan, Dua Selekoh Sebelum Penamat” - Namie Percaya Pada Rezeki, Ucap Terima Kasih Pada Peminat

Mya Amri
14/09/2022 14:29 MYT
Bintang Muzikal Lawak Superstar (MLS3), Namie mengucapkan rasa syukur apabila kumpulan UBI berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Menerusi hantaran di akaun Instagramnyam Namie menyatakan rasa terharu terhadap sokongan yang diberikan kepada UBI.

“Terima kasih abang @fadbocey dan abang @sharif_zero . Dua selekoh lagi sebelum penamat. Insya-Allah.

“Terima kasih sentiasa kepada semua penyokong dan yang mengundi UBI. Walaupun kami tiada fanbase atau army yang tetap, tapi kami percaya rezeki-Nya.

“Tenang hati kami melihat anda mengangkat tulisan UBI merata dari kiri hingga kanan dewan, tanpa paksaan dan prejudis. Teruskan menyokong semua kumpulan. Allah sayang,” tulisnya.

A post shared by @namiesmy

Dalam hantaran yang sama, Namie juga turut mengucapkan terima kasih kepada pelakon, Fattah Amin kerana sudi turut serta dalam sketsa mereka minggu lalu.

“Usaha, doa dan restu Ilahi… Alhamdulillah, tamat suku akhir MLS3. Empat bintang untuk kedua-dua tugasan, kita berjumpa di separuh akhir. Terima kasih Awang, @fattahaminz kerana sudi bersama dengan UBI. Anda sangat-sangat memberi dalam persembahan. Salute,” coretnya.

BACA: MLS3: Cili Tunjuk Taring! Jauh Betul Tinggal - Ini Markah Penuh & Recap Komen Juri Minggu Suku Akhir

BACA: MLS3: NGAM Tersingkir, Hasrat ke Separuh Akhir Tidak Tercapai

MLS3 yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Sharnaaz Ahmad ini menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha serta Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022

#Muzikal Lawak Superstar #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3 #Namie