Muzikal Lawak Superstar 2022
MLS3: Kurangkan Jerit Yang Hyper & Jaga Lakonan, Ini Recap Komen Juri Minggu Kedua
Minggu kedua Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) menyaksikan menyaksikan dua kumpulan sekaligus tersingkir iaitu Benjo dan Sobat.
Dengan lokasi bertemakan ‘Pusat Riadah, Rekriasi atau Sukan’, kesemua bintang telah menyampaikan tugasan mereka dengan baik.
Ood yang dianggotai oleh Chiwan, Man Raja Lawak dan Zahid berada di kedudukan pertama minggu ini dan dinobatkan sebagai penerima Superstar of The Week.
Kesemua bintang diadili 50% oleh juri tetap dan 50% lagi secara online.
Mungkin ada yang terlepas pandang, jom imbas kembali komen-komen padu juri di minggu kedua.1.OOD - Chiwan, Man Raja Lawak, Zahid (58.90%)
“Chiwan terima kasih berada di sini bersama kita. Zahid dan Man anda adalah dua personaliti yang mempunyai jati diri, percaya diri yang sangat kuat di atas pentas ini.
“Ini susah kerana kita selalu nak lihat keyakinannya dan saya mengharapkan keserasian anda bertiga akan dikuatkan, dipadatkan lagi dan create momen-momen lawak yang lebih lagi.
“Kerana tadi saya lihat anda cuba memberikan kita pengajaran, moral kepada satu jenaka. Kita suka bila kita berfikir, kita merasakan sesuatu dan juga kita terhibur. Terima kasih,” - Najip Ali (4 bintang)
2.UBI - Fad Bocey, Sharif Zero, Namie (44.55%)
“Korang memang effortless, lawak bersahaja, pandai mengemukakan persembahan yang tengah viral, trending, impersonation yang bagus.
“Saya paling suka mesej yang bagus, sayangi nyawa, jangan berlumba, jangan bawa motor kalau tak ada lesen.
“Korang memang bagus, good try dan buat yang terbaik untuk minggu depan ya. I look forward to it,” - Siti Saleha (4 bintang).
3.ABIOSO - Sarip, Amin, Puspa Gomen (38.79%)
“Sangat menghiburkan, saya suka, tak ada kelonggaran langsung dari awal sampai akhir lawaknya menjadi, keep it up” - Siti Saleha (4 bintang)
4.BAHROY - Roy Azman, Nizam Jentik Jentik, Shashic (35.77%)
“Saya suka sangat dengan energy dan tenaga pentas anda. Anda bertiga mempunya tenaga yang nak menyerlah, menakluk pentas ini.
“Jadi tenaga pentas ini harus dimanfaatkan lebih, sebagai contoh kalau seorang itu nak menyerlah, yang satu lagi harus menyokong.
“Kalau satu tu nak buat punch line, haruslah bantu dengan sempurna, dengan sensitif dan tepat. Kalau tidak terlalu banyak sangat energy.
“Kita tidak tahu mana tujuan energy itu nak pergi, nak ketawa pun susah. Tapi tetap energy yang baik, satu konsep yang mungkin dapat dirapikan lagi dan teruskan perjuangan anda,” - Najip Ali (3 bintang)
5.CILI - Achey, Ali Puteh, Shiha Zikir (35.60%)
“Secara jujurnya, kemasukan awal-awal tadi best tapi kemudian tempo itu dah jatuh sedikit. Yang di situ kita kena jaga dalam persembahan terutamanya lawak begini.
“Kena energy, energy, energy dan jangan jatuhkan tempo awak. Lain semua dah okay, expactation orang mesti terlalu tinggi untuk anda sebab anda otai di dalam ini.
“Jadi hati-hati Achey, Ali dan Shiha. Apa-apa pun tahniah. Insya-Allah minggu hadapan pasti akan lagi bagus saya rasa,” - Datuk Awie (3 bintang)
6.NGAM - Achok Chilok, Wan Wala, Aya Amiruddin (32.64%)
“Berbanding minggu lepas kali ini ada cerita yang boleh memberi orang ketawa. Cuma apa yang perlu saya berpesan di sini, dalam muzikal ini ada beberapa perkara yang perlu diingat.
“Ada lakonan, perlu ada nyanyian dan perlu ada komedinya, lawaknya. Jadi anda harus bland tiga perkara ini, menjadi satu cerita dan persembahan yang menarik.
“Kalau boleh kita kurangkan jerit-jerit yang super hyper punya persembahan. Tiga orang ini ibarat pemain takraw, sorang feeder, tekong dan killer.
“Jangan berebut nak punch kan satu-satu benda, kalau boleh teraturkan sedikit di minggu yang akan datang.
“Insya-Allah kalau ada rezeki. Apa pun anda telah buat yang terbaik, terima kasih,” - Datuk Awie (3 bintang)
7.ARTEH - Has, Dewa, Qody Rany (30.22%)
“Idea best, sarat dengan nyanyian, jaranglah group-group lain buat. Bagus memang muzikal, memang best.
“Cuma kena jaga lakonan dan juga kena betul-betul cari lawaknya. Lawaknya tadi kurang, mungkin kerana lakonan itu tak berapa nak menjadi.
“Nampakkan lakonan tu, biar berjaya bagi semua orang ketawa. Kadang-kadang kita rasa okay tapi cuba balik ni buat latihan, panggil empat lima orang duduk depan. Tengok adakah mereka itu ketawa atau tidak.
“Jadi berhati-hati, idea itu cukup bagus dah, siap ada koreografi, menari. Tapi itulah kena cari punch line yang bagus, lakonan yang bagus pasti anda mantap. Insya-Allah,” - Datuk Awie (3 bintang)
8.WISEL - Wan Gegau, Salman Al-Farisi, Iskandar Norazman (28.40%)
“Minggu kedua ini kita ingin melihat penambah baikkan, saya nampak ada beberapa improvement. Tetapi saya tertanya apa kemantapan kumpulan ini?
“Dengan adanya Salman mungkin kumpulan ini istimewa tetapi saya mengharapkan anda juga menonjolkan keistimewaan dengan cara yang pandai, cerdik supaya kita lihat pun menarik dan nak lihat lebih banyak lagi.
“Jadi perkara pandai ini yang harus ditelitikan dalam kumpulan Wisel. Sekali lagi terima kasih kerana ada penambah baikkan pada minggu ini,” - Najip Ali (3 bintang)
9.SELIT - Ajo, Azmir Aziz, Shidi Data (25.97%)
“Berbanding minggu lepas, saya suka sangat persembahan minggu ini. Jalan cerita yang macam out of the box, dekat tandas awam.
“Saya rasa sangat kreatif, banyak punch line, bagus, lawak yang menjadi, menghiburkan, muzikal pun best. Semualah pandai menyanyi,” - Siti Saleha (3 bintang)
10.JOKI - Gomok Gahai, Fuad Nasirr, Beby Acha (25.76%)
“Ini adalah pertandingan Muzikal Lawak Superstar, nama itu sangat besar. Jadi anda kena bland dengan superstar yang lain.
“Dengan kebolehan yang lain supaya anda tidak tertinggal jauh di belakang. Nyanyian Beby Acha sangat bagus.
“Tapi jangan nyanyian sahaja, lakonan kena banyakkan latihan kerana ia membantu lawak-lawak tertentu yang anda nak bawa.
“Begitu juga anda yang memakai topi. Saya nampak anda sebagai feeder, siapa nak jadi killer dekat sini.
“Killer tak nampak lagi ni so feeder, feeder, feeder tak ada killer. Jadi kalau ada rezeki di minggu hadapan, lantik seorang killer,” - Datuk Awie (2 bintang)
11.BENJO - Noxx Hazwan, Filzah Azmi, Kinjo (25.28%)
“Pandai gunakan tema, sangat unik untuk gunakan lumba kuda. Sesuatu yang sangat bagus dan saya suka dengan effort anda gunakan props terutamanya sound effect.
“Cuma saya kurang gelak lah guys… Boleh tak buatkan saya ketawa lebih lagi. Kalau ada lagi minggu depan banyakkan lagi punch line, good luck guys,” - Siti Saleha (3 bintang)
12.SOBAT - Che Mat, Najua P. Ramlee, Dd Chronicle (24.79%)
“Saya nak katakan bahawa muzikal ini adalah satu genre yang sangat susah. Jadi saya nak awak pentingkan bagaimana nak menyelitkan muzik supaya menguatkan jalan cerita dan mantapkan lagi punch line anda itu.
“Pentingkan punch line, adakah di muzik, lirik, perbuatan atau perbualan anda. Ini penting kalau tidak kita tidak tahu mana satu, terlalu banyak punch line yang nak disampaikan.
“Tetapi satu usaha yang baik, saya harap anda ada penambah baikkan di minggu akan datang,” - Najip Ali (2 bintang)
MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.
MLS3 menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najib Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk mengundi layari https://rancangan. gempak.com/muzikal-lawak- superstar-2022
Must-Watch Video