Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLS3: “Lawak Dah Sama Level Dengan Kak Lina Pom” - Shiha Zikir Dipuji Serba Boleh, Ramai Doa CILI Jadi Juara

Mya Amri
22/09/2022 02:30 MYT
Persembahan kumpulan CILI di pentas separuh akhir Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) masih lagi menjadi bualan.

Hal kini kerana ramai yang masih tidak boleh melupakan sketsa mereka yang menampilkan Shiha Zikir membawakan watak parodi sebagai penyanyi antarabangsa, Shakira.

Ramai yang mengatakan saat paling lucu adalah apabila Shiha bercakap dengan menggunakan imitasi suara Shakira dan sangat menjadi!

Menerusi video persembahan yang dikongsi di akaun TikTok miliknya, ramai yang memuji Shiha sebagai salah seorang artis multitalented di Malaysia.

Malah mereka juga menyamakan aksi komedi yang dilakukan menyamai penyanyi dan pengacara kesayangan ramai, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina.
undefined Selain pujian, mereka juga berharap dan mendoakan kumpulan CILI dinobatkan sebagai juara di pentas akhir MLS3 Jumaat ini.

“Shiha dia punya lawak memang sama level dengan Kak Lina Pom Pom... Memang minat depa dua,” tulis @chicha

“Bagus lah Shiha ni, antara yang lawak selain Jihan dengan Kak Lina Pom Pom,” komen @lindahani81

“Semoga dipermudahkan Jumaat ini, ada rezeki CILI dapat juara,” komen @kikilalaland

Minggu separuh akhir menyaksikan CILI yang dianggotai oleh Shiha, Achey dan Ali Puteh menduduki tangga kedua dengan markah 70.52%.

BACA: MLS3: Hadiah Birthday Namie, UBI Rampas Kembali Takhta Nombor Satu Dengan Markah 77.95%! Ini Recap & Komen Juri Separuh Akhir

MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad manakala Datuk Awie, Siti Saleha serta Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022
#Shiha Zikir #Muzikal Lawak Superstar #Cili #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3