,
Muzikal Lawak Superstar 2022

MLS3: Lawak Tak Over & Selalu Konsisten, Netizen Ramal UBI Bakal Juara

Mya Amri
23/09/2022
08:31 MYT
Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) dibuka dengan persembahan empat finalis iaitu UBI, OOD, CILI dan BAHROY.
Kempat-empat kumpulan ini telah memberikan persembahan terbaik mereka sepanjang sembilan minggu bersiaran.
Namun diantara empat kumpulan ini siapakah yang bakal bergelar juara?
Menerusi tinjauan di media sosial, rata-ratanya menyebut UBI yang bakal bergelar juara kerana persembahan mereka sering konsisten setiap minggu.
Selain itu netizen juga menyukai cara UBI menyampaikan sketsa yang disifatkan serderhana dan tidak terlalu over.
"Harap Ubi lah juara... Dari minggu pertama saya dah start minat kat kumpulan Ubi ni," tulis @nurainaf__ "Salam Jumaat. All the best to UBI, semoga kalian menjadi juara malam ini di MLS3 ya," tulis @habibah
"Moga kemenangan milik UBI malam ni," komen @fiefyzaff
Bagaimanapun, netizen juga memberikan tumpuan kepada CILI, BAHROY dan OOD yang dianggap masih menyembunyikan taring mereka sebelum ini.
"1. UBI, 2. OOD, 3. CILI, 4. BAHROY," ramal @pdozsss
"Tak sabar nak tengok final Muzikal Lawak Superstar 3 malam ni abang @acheykintangkintung dan semoga CILI berjaya menjadi juara," komen @ekinmohd
Namun hanya satu bintang sahaja yang bakal dinobatkan sebagai pemenang malam ini.
MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad manakala Datuk Awie, Siti Saleha serta Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ikan Mata Tiga Ditemui, Peminat Kata Ramalan The Simpsons Tepat Lagi

gempak
22/06/2024
15:55 MYT
Siri animansi The Simpsons memang mempunyai sensasi tersendiri terutama bagaimana ia dikatakan telah meramal banyak kejadian yang akhirnya menjadi kenyataan.
Hiburan

Neelofa Ramal Hasrat Amir Jahari, Astana Ernie Zakri Bakal Juara AJL38

gempak
03/03/2024
03:00 MYT
Seperti kelaziman setiap tahun, pengacara popular Neelofa tampil meramal lagu yang dijangka bakal mendapat tempat utama di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) tahun ini.
Big Stage 2023

Antara Waode & Nadeera Zaini, Ini Ramalan Juara #BIGSTAGE Dari Iqbal Zulkefli

gempak
08/07/2023
08:55 MYT
Korang ramal siapa juara Big Stage 5?
Laman Utama

[VIDEO] Siapa Juara World Cup Qatar 2022, Ini Ramalan Safee Sali

gempak
14/12/2022
16:00 MYT
Ini ramalan Safee Sali guys.
Laman Utama

World Cup Qatar 2022: Ramalan Unta Psikik Tepat! England Pesta Gol, Tewaskan Iran 6-2

gempak
21/11/2022
20:45 MYT
Tahniah England!