Muzikal Lawak Superstar 2022

MLS3: “Nasib Baik Helmet Tak Terbuka, Kalau Tak Rasanya Saya Dah Gone” – Langgar Lubang & Terseret, Shashic Kongsi Detik Kemalangan

gempak
Mya Amri
28/07/2022
12:37 MYT
Sponsor Banner
MLS3: “Nasib Baik Helmet Tak Terbuka, Kalau Tak Rasanya Saya Dah Gone” – Langgar Lubang & Terseret, Shashic Kongsi Detik Kemalangan
Kehadiran Shashic dengan keadaan berbalut di bahagian tangan kanannya dan juga menggunakan tongkat bukanlah gimik untuk persembahan minggu pertama kumpulan Bahroy, sebaliknya bintang Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) ini sebenarnya mengalami kemalangan.
Shashic ketika ditemui Gempak berkongsi pengalamannya berdepan dengan detik cemas tersebut.
Menurut Shashic, suasana yang gelap dan jalan yang berlubang merupakan punca berlakunya kemalangan itu.
“Sebenarnya saya kemalangan, pada ketika itu saya baru balik sesi latihan. Saya bawa motor macam biasa, saya tak sangka jalan itu gelap sangat, tak nampak jadi saya terlanggar lubang dan terus terjatuh.
“Tangan saya yang sebelah kanan ini dan juga kaki calar serta bengkak. Bahagian siku juga kena jahit. Ketika kejadian saya berseorangan, nasib baik tak ada apa-apa kenderaan lain.
“Secara kebetulan abang Zahid dan Filzah ada di belakang jadi mereka membantu saya. Saya pun tak sangka orang yang di belakang saya itu mereka.
“Mujur ada abang Zahid dan Filzah, jadi merekalah yang banyak membantu saya.
“Nasib baik juga saya punya topi keledar tak terbuka, kalau tidak memang habislah. Mungkin saya dah gone kot sebab badan saya terseret panjang, 50 meter. Saya bawa biasa saja tak laju,” jelasnya kepada Gempak. BACA: MLS3: “Awak Hebat, Menyanyi Tak Gagap, Suara Bagus” - Datuk Awie Puji Shashic
Mengulas mengenai persembahannya, Shashic berkata dia dinasihatkan untuk berehat namun mengambil keputusan untuk meneruskan persembahan.
“Doktor sebenarnya tak bagi saya banyak bergerak tapi saya datang juga. Masa persembahan, saya ada kesukaran untuk bergerak tapi sebab saya nak menghiburkan rakyat Malaysia saya datang juga.
“Bila saya beritahu ahli kumpulan, mereka memang panik. Mereka suruh saya berehat tetapi saya sendiri yang pilih nak teruskan
“Saya terpaksa kawal sakit, berdenyut-denyut sebab lukanya masih baru. Doktor menasihatkan saya untuk berehat dua minggu tapi saya rasa tak mengapalah.
“Insya-Allah saya cuba yang terbaik untuk Jumaat ini. Benda dah jadi, lagi pun ini semua ketentuan Tuhan,” katanya.
Untuk info, Bahroy menduduki tangga ke tujuh di minggu pertama MLS3 dengan peratusan markah 30.31%.
BACA: MLS3: Recap Komen Juri & Markah Penuh, Ubi Duduki Tangga Pertama
MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk mengundi layari https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live