Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLS3: Ramai Ragu-Ragu Siap Cakap Tak Reti Hosting! Tapi Ini Jawapan Cool Sharnaaz, Love!

Mya Amri
04/09/2022 11:48 MYT
Pemilihan pelakon, Sharnaaz Ahmad sebagai pengacara Muzikal Lawak Superstar (MLS3) pada mulanya mendapat pelbagai reaksi netizen.

Ada yang menyatakan sokongan dan ada juga yang memberikan respon negatif kerana bagi mereka Sharnaaz tidak begitu sesuai untuk mengacarakan program lawak.

Minggu pertama kemunculan Sharnaaz, bapa kepada Jebat Jaydeen ini teruk menerima kritikan di media sosial.

Tidak mudah putus asa, Sharnaaz belajar dan cuba memperbaiki kelemahannya sambil dibantu oleh Elly Mazlein yang merupakan pasangan hosnya.

Minggu demi minggu, Sharnaaz juga kelihatan lebih yakin untuk mengendalikan MLS3.

Minggu ketujuh yang berlangsung Jumaat lalu menyaksikan pihak produksi memberikan kejutan kepada Sharnaaz sempena ulang tahun kelahirannya.

Sharnaaz yang terkejut dan terharu mengucapkan terima kasih pada pihak produksi.

Terbaharu menerusi hantaran di akaun Instagram, Sharnaaz meluahkan isi hatinya.

Kata Sharnaaz, sepanjang mengacarakan MLS3, Elly dan produksi banyak membantu serta memberikan semangat kepadanya.

“Speechless… Bila orang bertanya kenapa ambil Sharnaaz jadi hos? Dia tu mana reti buat hosting.

“Mereka inilah yang sentiasa berdiri di belakang aku, support aku supaya jadi yang terbaik dan belajar.

“Thank you so much untuk setiap kesayangan aku, team Muzikal Lawak Superstar. And of course my sparring partner, Kak Lina kesayangan semua,” coretnya.

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

BACA: MLS3: “Jangan Takut Kecaman, Steady Ka Mat!” - Sharnaaz Syukur Elly Mazlein Banyak Beri Tunjuk Ajar

BACA: MLS3: Bukan Krik Krik Tapi Tak Punch Line Tak Sampai! Wisel Akur Tersingkir

MLS3 yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Sharnaaz Ahmad ini menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha serta Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022

#Sharnaaz Ahmad #Hos #Muzikal Lawak Superstar #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3