Muzikal Lawak Superstar 2022

MLS3: “Tak Boleh, Saya Jadi Ketar,” - Ramai Tak Tahu Rupanya Sharnaaz Takut Stage, Berjaya Atasi Fobia

gempak
Mya Amri
27/07/2022
03:13 MYT
Sponsor Banner
MLS3: “Tak Boleh, Saya Jadi Ketar,” - Ramai Tak Tahu Rupanya Sharnaaz Takut Stage, Berjaya Atasi Fobia
Pelakon dan juga hos Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3), Sharnaaz Ahmad berjaya mengatasi ketakutan untuk berada di atas pentas.
Menurut Sharnaaz, selain pentas dia juga berasa gemuruh melihat penonton dalam jumlah yang ramai di hadapan mata.
“Saya terima tawaran untuk menjadi hos ini nak cabar diri sebab saya rasa sampai bila saya nak takut.
“Saya takut stage, sangat takut. Sebenarnya saya tak boleh duduk atas pentas, saya jadi ketar.
“Tapi saya ada dapatkan tips dari Pak Nil macam mana supaya jangan takut. Saya cubalah.
“Macam kita ada fobia, jadi kita atasi fobia kita. Jadi fobia saya adalah pentas dan juga audiences.
“Tapi saya ada kelebihan sebab saya rabun, jadi saya tak nampak penonton. Insya-Allah saya akan cuba perbaiki dan improve setiap minggu. Slowly but surely,” katanya ketika ditemui Gempak.
Selain Sharnaaz, Elly Mazlein juga merupakan hos MLS3.
Saksikan MLS3 setiap Jumaat, jam 9 malam yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
MLS3 bersiaran selama 10 minggu ini juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024