Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

MLS4: Acap S Ubah Prinsip Demi Kumpulan Sarkas, Sanggup Buat ‘Live’ Di KL - “Saya Memang Berkempen Sebab Ini…”

Asyikin Mayudin
02/10/2024 11:55 MYT
Mempunyai kelebihan dari segi undian, pempengaruh media sosial Acap S berkata ahli kumpulan Sarkas yang lain iaitu Danial Zaini dan Shahsic sentiasa saling membantu satu sama lain.

Tarik undian

Menurut Acap, dia sememangnya ‘berkempen’ di media sosial untuk peminat mengundi kumpulannya di Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).

“Bagi saya, semua orang bekerjsama. Mereka berdua bantu saya dari segi bermain di atas pentas manakala saya bantu kumpulan dari apa yang saya mampu la… dari segi undi.

“Tapi mungkin undian itu membantu juga sebab kebetulan baru habis anugerah TikTok. Saya memang berkempen sebab ini pertandingan… pertandingan merupakan benda yang besar.

“Semua orang mahu dapatkan yang terbaik… jadi, kita berkempen sehabis-habisnya,” kata Acap S kepada Gempak.

Ubah pendirian

Dalam pada itu, Acap memberitahu dia terpaksa mengubah pendiriannya yang sebelum ini hanya akan membuat siaran langsung hanya di kampung halaman di Gerik, Perak.

“Ikutkan saya memang live dekat kampung saja, hampir dua minggu saya tak buat live di KL tapi baru-baru ini saya terpaksa sebab pertandingan ini menggunakan undian online.

“Saya terpaksa cuba, Alhamdulillah… naik juga views. Kalau sebelum ini saya cakap akan live di Gerik, tapi demi MLS4, saya terpaksa live di KL,” ujarnya.

Sarkas yang dianggotai oleh Danial Zaini, Shashic dan Acap S mendapat markah tertinggi iaitu 65.12 peratus sekaligus berjaya dinobat sebagai ‘Gempak Of The Week’ untuk minggu kedua MLS4.

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Minggu Kedua Beri Tekanan, Kumpulan Sarkas Tunjuk ‘Effort’ Untuk Dapatkan Zizan Razak - “Dia Seorang Yang Particular Bab…”

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Lawak Kumpulan Sarkas Menjadi, Dinobatkan Sebagai ‘Gempak Superstar Of The Week’ Minggu Kedua

Program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Danial Zaini #MLS4 #Muzikal Lawak Superstar 4 #Kumpulan Sarkas #Sarkas #Acap S #Shahsis
;