,
Muzikal Lawak Superstar 4

MLS4: Buat Comeback! Zuara Akhirnya Berjaya Dapat Gelaran ‘Gempak Superstar Of The Week’, Perjuangan Bravo Pula Sudah Berakhir

Asyikin Mayudin
27/10/2024
18:55 MYT
Buat pertama kali kumpulan Zuara berjaya mendapat gelaran ‘Gempak Superstar Of The Week’ minggu keenam Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) yang berlangsung pada malam Ahad.
Kumpulan yang dianggotai Zulin Aziz, Nizam Jentik-Jentik dan Chiwan mendapat markah tertinggi sebanyak 65.49 peratus.
Kemenangan itu juga memberi kelebihan kepada Zuara apabila mereka boleh memilih live prop untuk minggu hadapan.
Untuk MLS4 minggu keenam yang berlangsung di Pusat Kovensyen CIDB, Kuala Lumpur, kumpulan Bravo yang dianggotai Ammar, Nasz Sally dan Azhar Jalil tersingkir disebabkan mendapat markah paling rendah.
Untuk minggu ketujuh, lokasi pilihan untuk kumpulan perlu membuat dua persembahan iaitu tempat syurga makanan & tempat jatuh lagi dikenang dan lagu OST.
Ini antara momen MLS4 minggu keenam;
#1 Anna Jobling bagi ‘standing ovation’ pada kumpulan yang membuat persembahan yang best Kumpulan Padie, Zuara, Sarkas, Putehh, Deroyan
#2 Datuk Awie tegur kumpulan Putehh supaya kurangkan jenaka melibatkan ‘body shaming’
#3 Datuk Awie puji Puteri Sarah cuba di pentas komedi
#4 Haqiem Rusli datang sebagai artis jemputan untuk kumpulan Padie, tak sangka boleh jadi ‘selembik’ bak kata Saiful Apek
#5 Nasha Aziz buat kemunculan sebagai artis jemputan kumpulan Sarkas. Menariknya, Nasha turun ke bawah, Saiful Apek lari… kan diorang pernah berlakon bersama
#6 Sofi Jikan ‘rembat’ Man Raja Lawak sampai terbaring & bongkok seakan-akan menahan rasa sakit
#7 Ini senarai penuh markah untuk minggu keenam MLS4
Persembahan setiap kumpulan dinilai oleh juri sebanyak 70 peratus manakala lagi 30 peratus adalah hasil daripada undian online di gempak.com/muzikallawaksuperstar.
Program lawak ini bersiaran secara langsung bermula 22 September selama sembilan minggu, pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Warna (saluran 107).
‘Muzikal Lawak Superstar 4’ dimeriahkan dengan gandingan barisan juri yang merangkumi muka-muka baharu.
Untuk minggu keenam, juri terdiri daripada Saiful Apek, Anna Jobling dan penyanyi Datuk Awie yang hadir sebagai juri jemputan manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.
‘Muzikal Lawak Superstar 4’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Zuara Tak Sangka Hampir Tersingkir, Anggap Dah Buat Terbaik Sebab Siap Upah Cikgu Vokal & Tarian - “Mungkin Kami Sedih Sikit…”

gempak
25/10/2024
04:56 MYT
Hampir tersingkir selepas mendapat markah terendah, kumpulan Zuara mengakui mereka berasa agak sedih dengan keputusan memandangkan sudah melakukan yang terbaik pada minggu kelima Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Dapat ‘Standing Ovation’ Minggu Kelima, Kumpulan Putehh Akui Persaingan Semakin Sengit - “Untuk Akan Datang Ini, Kami Cuba Gaduh Lagi…”

gempak
22/10/2024
06:55 MYT
Mendapat ‘standing ovation’ daripada tiga juri dan ‘Gempak Superstar Of The Week’ Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) pada Ahad lalu, kumpulan Putehh mengakui mereka gementar untuk membuat persembahan minggu keenam.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Dapat ‘Standing Ovation’ Daripada Juri, Kumpulan Putehh Menang ‘Gempak Superstar Of The Week’… Zuara Terselamat Dari Penyingkiran

gempak
20/10/2024
18:55 MYT
Cipta sejarah dengan mendapat ‘standing ovation’ daripada tiga juri, kumpulan Putehh memenangi gelaran ‘Gempak Superstar Of The Week’ minggu kelima Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) yang berlangsung pada malam Ahad.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Acap S Pernah Menangis, Akui Diri Bukan Pelawak Tapi Penghibur Di TikTok - “Saya Memang ‘Zero’, Macam Orang…”

gempak
20/10/2024
08:55 MYT
Tiada asas dalam dunia komedi, pempengaruh media sosial, Acap S mengakui dia pernah menangis pada minggu kedua dan ketiga Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Sudah Jangka Tersingkir Awal, Soda Tetap Bangga Dapat Bersaing Dengan ‘Senior’ - “Kami Pendatang Baharu, Kiblat Komedi Kami Adalah…”

gempak
17/10/2024
05:55 MYT
Sudah melakukan yang terbaik di pentas Muzikal Lawak Superstar 4, kumpulan Soda bagaimanapun mengakui mereka sudah menjangkakan akan tersingkir awal.
Dun Dukun