BERITA
'Fasa Juvana' Si Bulus, Lain Macam Kucing Suka Curi Seluar Dalam Jiran!
Gelagat seekor kucing yang sering membawa pulang barangan berharga memeningkan pemiliknya.
Si comel digelar Leonardo da Pinchy atau Leo di Auckland, New Zealand ini dikatakan mempunyai tabiat pelik kerana mempunyai 'citarasa yang tinggi' dan tidak seperti kucing lain yang biasanya menangkap tikus atau burung.
Kucing tersebut membawa pulang pelbagai objek tak terjangkau dek akal termasuk seluar dalam sutera, stoking tebal beserta penyepit pakaian dan baju sejuk Kashmir baharu bernilai NZ$300 (RM764).
Pemiliknya yang bimbang dengan 'kes kecurian' angkara kucingnya terpaksa menggunakan Facebook untuk berkongsi gambar puluhan barangan dibawa pulang Leo dan turut menyatakan permohonan maaf kepada mangsa terlibat.
Kucing tersebut mula beraksi sedemikian sejak dibenarkan keluar dari rumah, kira-kira setahun lalu.
Tetapi, pemiliknya berharap ia hanyalah 'fasa juvana' buat kucing berusia 15 bulan yang telah menjadi selebriti tempatan di kawasan kejiranan tepi pantai di Teluk Mairangi.
Buat masa ini, Leo masih 'bebas' di sekitar kawasan tersebut tanpa dikenakan sebarang tindakan.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video