Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

MLS4: Dapat ‘Standing Ovation’ Minggu Kelima, Kumpulan Putehh Akui Persaingan Semakin Sengit - “Untuk Akan Datang Ini, Kami Cuba Gaduh Lagi…”

Asyikin Mayudin
22/10/2024 06:55 MYT
Mendapat ‘standing ovation’ daripada tiga juri dan ‘Gempak Superstar Of The Week’ Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) pada Ahad lalu, kumpulan Putehh mengakui mereka gementar untuk membuat persembahan minggu keenam.

Kekalkan momentum

Bersyukur atas kemenangan minggu kelima, Ali Puteh mewakili kumpulan berkata dia, Aya Amiruddin dan Man Raja Lawak akan mencuba untuk mengekalkan momentum persembahan seperti mana dari awal pertandingan.

“Takut… sebab sepanjang kita bertanding sebelum ini, bila ada ‘standing ovation ini’ rasa macam ‘alamak apa benda lagi minggu depan… takkan nak diri atas meja’.

“Alhamdulillah, kami cuba untuk kekalkan momentum itu seperti mana kita bermain di minggu pertama dan harapnya momentum yang kita cuba cipta minggu depan sama juga macam tu.

“Sebab ‘standing ovation’ itu adalah satu benda yang besar dan orang akan minta lebih daripada itu,” kata Ali kepada Gempak.

Keserasian bersama

Dalam pada itu, Man turut memberitahu keserasian antara dia dan Ali yang sudah lama ada juga antara faktor mereka dapat membuat sketsa yang terbaik.

“Keserasian saya dan Ali ini dah lama. Aya pula mendengar cakap, walaupun dia sibuk dengan aktiviti dia tapi dia beri peluang kepada kami untuk merancang.

“Maksudnya apa yang kami rancang watak untuk dia, dia boleh terima dan tak ada kata tak boleh… dia cuba buat yang terbaik.

“Saya dan Ali walaupun orang lama, pernah jadi juara untuk pertandingan lain, tapi saya keserasian kami bergaduh sekejap untuk sketsa terbaik.

“Untuk akan datang ini, kami cuba gaduh lagi untuk dapat lagi sketsa yang terbaik dan kalau boleh lagi baik sebab team lain makin lama makin hebat dan tugas pun makin mencabar. Kami akan buat terbaik,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Dapat ‘Standing Ovation’ Daripada Juri, Kumpulan Putehh Menang ‘Gempak Superstar Of The Week’… Zuara Terselamat Dari Penyingkiran

Cipta sejarah dengan mendapat ‘standing ovation’ daripada tiga juri, kumpulan Putehh memenangi gelaran ‘Gempak Superstar Of The Week’ minggu kelima Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) yang berlangsung pada malam Ahad.

Kumpulan yang dianggotai Man Raja Lawak, Ali Putehh dan Aya Amiruddin mendapat markah tertinggi sebanyak 61.17 peratus.

Program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Ali Puteh #Man Raja Lawak #Standing Ovation #Aya Amiruddin #MLS4 #Muzikal Lawak Superstar 4 #Kumpulan Putehh #Putehh
;