Muzikal Lawak Superstar 4

MLS4: Guna Isu Semasa, Kumpulan Bravo Pastikan Jalan Cerita Tidak ‘Over The Top’ - “Saya Anggap Kami Bertiga Dah Cukup Dewasa Untuk…”

gempak
Asyikin Mayudin
23/09/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
MLS4: Guna Isu Semasa, Kumpulan Bravo Pastikan Jalan Cerita Tidak ‘Over The Top’ - “Saya Anggap Kami Bertiga Dah Cukup Dewasa Untuk…”
Mengunakan isu semasa seperti lagi dan 'kata-kata' aktor Fattah Amin serta sijil halal, kumpulan Bravo berkata ia merupakan cara mereka memastikan penonton turut memahami jalan cerita yang dipersembahkan.

Peka isu terkini

Tidak berlebih-lebihan, Ammar mewakili kumpulannya berkata dia dan ahli lain iaitu Nasz Sally dan Azhar Jalil gembira melihat penonton peka dengan isu terkini.

“Kita tak boleh bawa benda itu (isu Fazura, Fattah) luar konteks. Bagi saya, konteks itu adalah cara komedi itu disampaikan oleh setiap kumpulan. Mungkin ini cara kami untuk bermain dengan isu terkini.

“Apa yang kami seronok tengok kepekaan kepada orang yang menonton. Maksudnya mereka turut serta dan tahu ini adalah isu semasa. Tak nak la kita beri satu situasi, kita saja yang tahu.

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: ‘Gempak Superstar Of The Week’ Milik Deroyan, Ibu Syamsul Yusof Datang Sokong Puteri Sarah Antara Momen Minggu Pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”

ARTIKEL BERKAITAN: "Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

ARTIKEL BERKAITAN: "Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

“Tapi dalam erti kata tak ada yang terlalu ‘over the top’. Kita bagi benda itu sekadar ‘check, okay mereka tahu’,” kata Ammar kepada Gempak.

Jadi gate keeper

Dalam pada itu, Ammar turut memberitahu mereka juga berhati-hati menggunakan isu semasa selain menganggap masing-masing sudah dewasa untuk menjadi ‘gate keeper’ bagi memastikan lawak yang digunakan tidak berlebihan.

“Saya anggap kami bertiga dah cukup dewasa untuk menjadi gate keeper. Masing-masing dah berumur, masing-masing dah berusia dan tahu dah apa yang perlu, apa yang sensitif.

“Yang penting, apa yang kita buat dah dipersembahkan. Mana yang kurang, kalau ada yang tegur, kami akan terima dengan hati terbuka,” ujarnya.
Pada minggu pertama Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS) yang berlangsung pada malam Ahad, kumpulan Bravo mendapat markah 59.14 peratus.
Manakala kumpulan Deroyan yang dianggotai oleh Eric (Floor88), Has Arteh dan Dewa Arteh dinobatkan sebagai Gempak Superstar Of The Week dengan markah paling tinggi iaitu 64.08 peratus.
Gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.
‘Muzikal Lawak Superstar 4’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024