Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

MLS4: Salah ‘Landing’ Lepas Kena Rembat Dengan Sofi Jikan, Tangan Kiri Ali Puteh Mungkin Terseliuh - “Saya Tak Salahkan Dia Sebab…”

Asyikin Mayudin
27/10/2024 23:55 MYT
Tangan kiri Ali Puteh berkemungkinan terseliuh selepas tersalah ‘landing’ gara-gara ditendang oleh pelakon Sofi Jikan ketika membuat persembahan di minggu keenam Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) pada malam Ahad.

Tak jangka

Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, babak tersebut sudah dirancang namun tidak menjangkakan berlaku insiden dia tersalah posisi menjatuhkan badannya.

“Insiden itu tidak dapat dijangka… sebab saya jatuhkan tangan dahulu. Ikutkan perancangan dia memang akan rembat saya dan saya jatuh dekat meja itu. Tapi bila meja pecah, tangan saya jatuh dulu.

“Mungkin salah saya letak posisi tangan. Alhamdulillah, tangan saya boleh bergerak cuma dah jadi kebas,” kata Ali kepada Gempak.

Tak salahkan Sofi Jikan

Bagaimanapun adik kepada Allahyarham pelawak Abam Bocey itu tidak menyalahkan Sofi Jikan yang menjiwai wataknya sebagai artis jemputan untuk kumpulannya, Putehh.

“Sebenarnya kami memang nak pertengahkan Sofi Jikan sebab dia tak pernah naik pentas macam ini (komedi). Mungkin ramai rindu watak dia, jadi kami bawalah dia.

“Kami tak mainkan watak KL Gangster dia dari awal, sebab tema pun Pesanan Khidmat Masyarakat). Saya tak salahkan Sofi Jikan sebab memang kami dah rancang dan buat latihan.

“Dia sudah lakukan dengan tepat cuma salah saya. Saya tak pandang kaki dia sampai, jadi bila kaki dia sampai, saya terjatuhkan tangan dahulu,” ujarnya.

Minggu keenam Muzikal Lawak Superstar 4, kumpulan Putehh yang dianggotai oleh Ali, Aya Amiruddin dan Man Raja Lawak membawa Sofi Jikan sebagai artis jemputan dalam persembahan kedua mereka.

Persembahan setiap kumpulan dinilai oleh juri sebanyak 70 peratus manakala lagi 30 peratus adalah hasil daripada undian online di gempak.com/muzikallawaksuperstar.

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Dapat ‘Standing Ovation’ Minggu Kelima, Kumpulan Putehh Akui Persaingan Semakin Sengit - “Untuk Akan Datang Ini, Kami Cuba Gaduh Lagi…”

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Tiada Kecaman & Tekanan, Ali Puteh Kembali Beraksi Di Pentas Komedi - “Saya Masuk Ini Tanda Hadir…”

Program lawak ini bersiaran secara langsung bermula 22 September selama sembilan minggu, pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Warna (saluran 107).

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ dimeriahkan dengan gandingan barisan juri yang merangkumi muka-muka baharu.

Untuk minggu keenam, juri terdiri daripada Saiful Apek, Anna Jobling dan penyanyi Datuk Awie yang hadir sebagai juri jemputan manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Ali Puteh #Sofi Jikan #Aya Amiruddin #MLS4 #Muzikal Lawak Superstar 4 #Kumpulan Putehh #Putehh #Tangan Ali Puteh
;