,
Hiburan

MLS4: Tiada Kecaman & Tekanan, Ali Puteh Kembali Beraksi Di Pentas Komedi - “Saya Masuk Ini Tanda Hadir…”

Asyikin Mayudin
13/09/2024
13:55 MYT
Kembali ke pentas komedi, pelawak Ali Puteh meluahkan rasa syukur kerana penyertaannya dalam program Muzikal Lawak Superstar 4 tiada tekanan seperti sebelum ini.

Kembali ke pentas komedi

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata kehadirannya dalam program tersebut itu juga membuktikan dirinya masih aktif dalam dunia komedi.

“Alhamdulillah, ini kali keempat saya sertai MLS cuma berbeza sikit kali ini sebab kita tak kena kecam. Cuma, saya masuk ini tanda saya hadir di pentas komedi ini setelah sekian lama saya tak dalam dunia seni.

“Saya masuk ini tanda hadir saya kepada masyarakat untuk beritahu yang saya masih ada dalam pentas komedi Malaysia, cuma ada kekangan benda yang lepas. Tapi kali ini kita datang main dengan keadaan yang berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh Langsai Hutang Hidayah, Harap Tiada Isu Berbangkit! - "Mohon Maaf Lambat Bayar Sebab..."

ARTIKEL BERKAITAN: Hidayah Setuju Ali Puteh Tak Perlu Bayar Interest - "Asalkan Bayar Secepat Mungkin Dalam Masa Seminggu..."

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Jelaskan Tindakan Hidayah Tolak Duit Ali Puteh - “Orang Akan Tahu Ada Sejumlah Wang Besar Dalam Rumahnya”

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Hidayah Up Status Sinis Tentang Saman, Ali Puteh Balas - “Pulak Dah, Datang Nak Bayar Tak Nak Pula”
“Tiada tekanan daripada benda (kontroversi) yang terjadi sebelum ini. Saya cabar diri untuk pijak pentas itu macam mana kita mulakan pada awal 2011,” katanya kepada Gempak.

Pemilihan ahli kumpulan

Dalam pada itu, pelawak berusia 35 tahun ini juga berkongsi mengenai pemilihan Man Raja Lawak dan Aya Amiruddin sebagai ahli kumpulan Putehh.
“Pemilihan ahli kumpulan pula, macam Man kan pernah bermain dengan kumpulan Puteh dan kita pernah melakar kejayaan 2019 melalui Maharajalawak Mega Champion.

“Saya dah pernah main dengan Mamak pada musim pertama dan kedua MLS, manakala musim ketiga saya dengan Achey. Untuk musim kali ini, saya pilih Aya. Musim sebelum ini Aya masuk dan saya seorang pemerhati.

“Saya ada bantu mereka dalam minggu kelima ke keenam. Saya nampak Aya ada satu benda yang dia belum keluarkan dalam pentas komedi dan dia juga seorang yang bijak serta rare,” ujarnya.
Buat julung kalinya, program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri.
Manakala Dato’ AC Mizal bakal diperkenalkan sebagai pengacara utamanya.
‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras bermula 22 September dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Ada Pihak Tak Setuju Anna Jobling Jadi Juri ‘Muzikal Lawak Superstar’ 4, Ini Respons Tuan Badan - “Ini Kali Pertama, Berikan Saya Peluang…”

gempak
13/09/2024
01:55 MYT
Sebaik sahaja Anna Jobling diumumkan sebagai juri program Muzikal Lawak Superstar 4, ada dalam kalangan netizen dan pelawak senior yang berasakan kurang setuju dengan pemilihan aktres.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Bawa Sentuhan ‘Magika’, Muzikal Lawak Superstar 4 Tampil Dengan Kombinasi Pempengaruh, Pelakon & Pelawak!

gempak
11/09/2024
07:00 MYT
Astro kembali menggabungkan pelakon, pelawak, penyanyi dan pempengaruh di atas pentas komedi muzikal menerusi musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’.
Hiburan

Sering Dikutuk Gemuk & Hitam, Aya Amiruddin Tak Ambil Pusing Kritikan Orang - "Aya Dah Sebati Dengan Diri Sendiri"

gempak
10/09/2024
07:55 MYT
Pempengaruh dan pelakon, Aya Amiruddin berkongsi dia tidak pernah ambil pusing terhadap kata-kata orang berkaitan fizikalnya.
Hiburan

Baru Beberapa Bulan Putus Tunang, Aya Amiruddin Dah Jumpa Pengganti?

gempak
04/09/2024
03:55 MYT
Personaliti media sosial, Aya Amiruddin mendedahkan bahawa dirinya sedang ‘berkawan’ dengan seorang jejaka.
Hiburan

Hidayah Setuju Ali Puteh Tak Perlu Bayar Interest - "Asalkan Bayar Secepat Mungkin Dalam Masa Seminggu..."

gempak
25/02/2024
04:49 MYT
Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Hidayah Hamzah memutuskan untuk tidak mengenakan kadar faedah sebanyak empat peratus kepada pelawak Ali Puteh.