,
Muzikal Lawak Superstar 4

MLS4: “Selepas Show Saya Terus Minta Maaf, Dia Kata…” - Kartina Aziz Terkejut Puteri Sarah Jatuh Terduduk

Mya Amri
03/10/2024
03:55 MYT
Pelakon vateran, Kartina Aziz tidak dapat menolak pelawaan aktres, Puteri Sarah Liyana untuk menjadi tetamu jemputan bagi kumpulan Gebu di program Muzikal Lawak Superstar (MLS4) minggu lalu.

Tak sampai hati tolak pelawaan Puteri Sarah

Menurut Kartina, pada mulanya dia menolak ketika dihubungi oleh dua lagi anggota kumpulan Puteri Sarah iaitu Ilham dan Mamak namun bersetuju selepas Sarah menghubunginya.
“Sebenarnya saya tak nak masuk, mula-mula Ilham telefon, saya tolak. Kemudian Mamak Puteh pula yang hubungi saya namun saya tolak juga dengan baik.

“Kemudian pada sebelah petang Puteri Sarah pula hubungi saya dan saya tak boleh nak kata tidak pada dia.

“Saya susah nak kata tidak dekat Puteri Sarah sebab dia terlalu baik dengan saya dan saya cukup hormat, dengan dia.

“Saya kata okay jadi hari Sabtu itu kami mulakan sesi latihan, maka apa yang anda lihat atas pentas, itulah hasil dua hari saya berlatih,” katanya ketika ditemui Gempak.

Mohon maaf pada Puteri Sarah

Mengulas mengenai sketsa di atas pentas, Kartina berkata kejadian Puteri Sarah jatuh terduduk di atas pentas adalah tidak disengajakan.
“Masa Sarah terjatuh itu memang spontan sebab sepatutnya ada cara lain untuk ‘pukul’ tapi bila dia sudah ke depan, lain pula jadinya.
“Sebab itu saya kata apa yang kita rancang ketika siaran langsung, apabila tersilap sedikit akan terus menjadi spontan.

“Pada ketika itu dalam hati saya terdetik alamak macam mana boleh tergolek. Bila jadi begitu benda pertama saya buat adalah minta maaf.

“Selepas keluar pentas, saya terus minta maaf pada Puteri Sarah dan dia kata tak mengapa. Sejujurnya saya terkejut masa kejadian itu berlaku.

“Nasib baiklah mereka kuat, kumpulan Gebu ini sebenarnya memang bagus. Mereka boleh terima, boleh berbincang dan bersatu hati.
“Nak berjaya ini memang begitu, tak boleh nak berlawan-lawan. Itu apa yang saya nampak ada pada kumpulan itu dan mereka bagus,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Minta Jadi Mami Jarum Live Di TikTok, Kartina Aziz Pula Segan - “Saya Rasa Di Usia Begini Kurang Sesuai”

ARTIKEL BERKAITAN:MLS4: Berlakon Sebagai Kekasih & Guna Dialog Tak Sesuai Dengan Ibu Rakan Sendiri, Kumpulan Kilo Akui Kesilapan - “Kami Bertanya Terlebih Dahulu Kepada…”

ARTIKEL BERKAITAN:MLS4: Minggu Kedua Beri Tekanan, Kumpulan Sarkas Tunjuk ‘Effort’ Untuk Dapatkan Zizan Razak - “Dia Seorang Yang Particular Bab…”

ARTIKEL BERKAITAN:Hadir Beri Sokongan Kepada Puteri Sarah Di MLS4, Patimah Ismail Turut Kongsi Rasa Syukur Syamsul Yusof Kini Kerap Pulang Ke Rumah - “Lepas Kerja, Biasanya Dia Akan…”

ARTIKEL BERKAITAN:MLS4: Puteri Sarah Anggap Pentas Muzikal Lawak Superstar 4 Seperti ‘Fear Factor’ - “Kita Nak Cuba Cabar Diri Untuk…”

Program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.
Muzikal Lawak Superstar 4 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Acap S Ubah Prinsip Demi Kumpulan Sarkas, Sanggup Buat ‘Live’ Di KL - “Saya Memang Berkempen Sebab Ini…”

gempak
02/10/2024
11:55 MYT
Mempunyai kelebihan dari segi undian, pempengaruh media sosial Acap S berkata ahli kumpulan Sarkas yang lain iaitu Danial Zaini dan Shahsic sentiasa saling membantu satu sama lain.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Berlakon Sebagai Kekasih & Guna Dialog Tak Sesuai Dengan Ibu Rakan Sendiri, Kumpulan Kilo Akui Kesilapan - “Kami Bertanya Terlebih Dahulu Kepada…”

gempak
30/09/2024
11:55 MYT
Melakonkan babak sebagai sepasang kekasih dan menggunakan dialog agak tidak bersesuai dengan ibu rakan sendiri ketika persembahan minggu kedua Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4), kumpulan Kilo tampil memohon maaf.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Minggu Kedua Beri Tekanan, Kumpulan Sarkas Tunjuk ‘Effort’ Untuk Dapatkan Zizan Razak - “Dia Seorang Yang Particular Bab…”

gempak
30/09/2024
05:55 MYT
Mengakui minggu kedua Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) memberi tekanan, kumpulan Sarkas bagaimanapun bersyukur apabila pelawak terkenal Zizan Razak sudi menjadi artis jemputan untuk persembahan mereka.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Lawak Kumpulan Sarkas Menjadi, Dinobatkan Sebagai ‘Gempak Superstar Of The Week’ Minggu Kedua

gempak
29/09/2024
18:55 MYT
Dengan latar belakang lokasi pilihan Mercu Tanda dan lagu hits, kumpulan Sarkas yang dianggotai oleh Acap S, Shashic dan Danial Zainal dinobatkan sebagai Gempak Superstar Of The Week pada minggu kedua Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) pada malam Ahad.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Kumpulan Deroyan Anggap Menang ‘Gempak Superstar Of The Week’ Tambah Tekanan - “Sebab Orang Dah Letak Harapan Tinggi…”

gempak
26/09/2024
12:55 MYT
Kumpulan Deroyan mengakui mereka terkejut apabila dinobatkan sebagai ‘Gempak Superstar Of The Week’ pada minggu pertama Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) yang berlangsung pada Ahad lalu.
BorakSeeni