Skip to main content

Viral

Netizen Cadang Kurangkan Artis Sebagai Tetamu ‘Sembang Seram’, Mahu Safwan Nazri Tampilkan Lebih Ramai Tetamu ‘Real-Life’ - “Cerita Diorang Ini Lagi…”

ASTROGEMPAK Safwan

Sekilas

  • Seorang pengguna Threads, CikguAida99, mencadangkan agar podcast Sembang Seram yang dikendalikan Safwan Nazri mengurangkan jemputan artis dan memberi ruang kepada tetamu dari pelbagai kerjaya seperti polis, doktor, dan bomba.
  • CikguAida99 berpendapat pengalaman sebenar dari golongan ini lebih menarik dan jarang didedahkan, contohnya episod bersama abang bomba yang mendapat sambutan baik.
  • Safwan Nazri menerima cadangan tersebut dan berjanji akan cuba merealisasikannya walaupun menghadapi cabaran mencari pencerita yang mampu menyampaikan cerita seram dengan baik.
Advertisement

Perkongsian seorang individu dikenali sebagai CikguAida99 di Threads mencuri perhatian apabila mengemukakan cadangan kepada pencipta kandungan podcast Sembang Seram, Safwan Nazri.

 

Advertisement

Menerusi perkongsian tersebut, dia berharap Safwan dapat mengurangkan jemputan dalam kalangan artis, sebaliknya memberi lebih ruang kepada tetamu daripada pelbagai latar belakang kerjaya.

 

Menurutnya, pengalaman individu seperti anggota polis, doktor, jururawat, bomba atau pekerja hotel sebenarnya lebih menarik kerana membawa kisah sebenar yang jarang didedahkan kepada umum.

 

“Safwan Nazri, tolong kurangkan sikit jemput artis. Cuba bagi lebih banyak ruang kepada tetamu daripada pelbagai kerjaya macam polis, doktor, nurse, bomba atau pekerja hotel ke kan.

 

“Cerita dorang tu sebenarnya lagi menarik sebab kita dapat dengar pengalaman sebenar yang jarang dikongsi. Episod abang bomba tu contohnya, memang antara yang paling best saya tengok,” kongsinya.

 

Cadangan tersebut turut mendapat respons daripada Safwan sendiri yang terbuka menerima pandangan berkenaan.

 

Menurut Safwan, dia akan cuba merealisasikan idea tersebut, namun mengakui bukan mudah untuk mencari pencerita yang benar-benar mampu menyampaikan pengalaman dengan baik.

“Baik Cikgu Aida, saya cuba usahakan okay! Tapi nak dapat pencerita yang best tu cabaran juga, sebab nombor satu pilihan saya adalah cerita seram, kemudian storyteller.

 

“Kadang-kadang pengalaman depa dah power atau seram, tapi bila call nak cakap pun malu-malu. Jadi macam mana nak panggil? Tapi saya cuba ya. Terima kasih bagi idea,” balasnya.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Must Watch Video

Advertisement