Skip to main content

Pengarah TARUNG: Unforgiven, Razaisyam Rashid Kongsi Inspirasi Idea Asal Filem - “Ia Adalah Surat…”

Astro Gempak 435

Sekilas

Pengarah dan penulis filem Tarung: Unforgiven, Razaisyam Rashid mendedahkan idea asal karya tersebut tercetus daripada pengalaman peribadi berkaitan persahabatan yang semakin pudar.

Menurut Razaisyam, filem berkenaan disifatkan sebagai ‘surat cinta’ kepada rakan yang pernah hadir dalam hidupnya namun akhirnya membawa haluan masing-masing.

“Inspirasi sebenarnya datang daripada, bila kita makin dewasa, ia seperti ‘surat cinta kepada rakan yang hilang’.

“Kadangkala dalam persahabatan, ada kawan yang ‘hilang’ daripada kehidupan kita. Bukanlah meninggal dunia sahaja, tetapi hubungan yang semakin pudar dan tertinggal jauh.

“Jadi, ia adalah surat cinta kepada kawan saya. Itulah idea asalnya,” katanya.

Filem aksi Tarung: Unforgiven yang tampil dengan tagline ‘kau cuma ayam sabung’ mengangkat naratif berani dengan menjadikan kehidupan sebagai ‘gelanggang’ sebenar.

Karya arahan Razaisyam itu diterbitkan oleh ALPHA47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw.

Selain jalan cerita sarat emosi hasil tulisan bersama Amar Amir, kekuatan filem ini turut disokong barisan pelakon berkaliber.

Mierul Aiman tampil sebagai teraju utama, manakala Aedy Ashraf memperlihatkan sisi lakonan lebih matang menerusi watak kompleks yang dibawakan.

Turut mencuri perhatian, pelakon bertaraf antarabangsa Bront Palarae digandingkan buat pertama kali bersama Zul Ariffin, sekali gus menjadi antara elemen paling dinantikan penonton.

Selain itu, filem ini turut dibintangi Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel, Razib Salimin, Shaharuddin Thamby dan Wak Ruzaidi.

Tidak ketinggalan, penyertaan petarung sebenar seperti Jai JMT dan Ijam Asri turut menambah elemen realistik dalam naskhah tersebut.

Dari sudut muzik, filem ini menampilkan dua runut bunyi eksklusif iaitu lagu Test nyanyian trio Distorted serta Terbang oleh Noh Salleh.

Dalam perkembangan lain, barisan pelakon Tarung: Unforgiven akan turun padang bertemu peminat menerusi siri jelajah bermula 8 Mei ini melibatkan beberapa lokasi di seluruh negara.

Filem ini bakal ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara bermula 7 Mei, manakala tiket awal telah mula dijual sejak 3 Mei lalu.

Mengisahkan Hatta, bekas juara silat yang diburu dosa silam, dia terpaksa menerima tawaran memasuki gelanggang haram demi menyelamatkan kakaknya.

Namun, Hatta tidak menyedari lawan yang bakal dihadapi ialah sahabat lamanya, Isa yang kini menjadi musuh akibat dendam lama.

Advertisement

Anda mungkin berminat dengan

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Must Watch Video

Advertisement