Skip to main content

Viral

Pernah Sanggup Habiskan RM1,000 Untuk Pergi Event, Kini Keutamaan Nurin Afiqah Berubah - “Tak Ada La Konten Saya Nak…”

ASTROGEMPAK Nurin Afiqah

Sekilas

  • Nurin Afiqah pernah menghabiskan sekurang-kurangnya RM1,000 untuk satu acara termasuk solekan, jurugambar, dan videografer walaupun acara itu tidak berbayar.
  • Selepas kelahiran anaknya, Nurin mengubah keutamaan dan kini memilih untuk tidak menghadiri semua acara kerana kos, masa, dan tenaga yang diperlukan.
  • Dia juga berkongsi kenangan bergaya dengan merancang pakaian berbulan-bulan sebelum acara dan menunjukkan foto semasa bercuti di luar negara.
Advertisement

Pempengaruh media sosial, Nurin Afiqah mengakui dia sebelum ini sangat gemar menghadiri majlis atau acara yang memerlukan dirinya bergaya. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Nurin berkata dia perlu mengeluarkan kos sekurang-kurangnya RM1,000  yang merangkumi solekan dan jurugambar untuk menghadiri satu acara. 

 

“Pada suatu masa dulu, saya sangat suka pergi events. Tapi nak pergi events perlu modal. Saya masih ingat habiskan sekurang-kurangnya RM1,000 untuk satu event ya. 

 

“Make up, stylist, photographer, videographer. Dan ia bukan event yang berbayar,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Nurin yang juga seorang usahawan bagaimanapun memberitahu keutamaanya sudah berubah semenjak kelahiran anaknya. 

 

“Lepas dah keluar seketul anak kecil, semua keutamaan saya berubah. RM1,000 jumlah yang banyak. Saya tidak lagi pergi ke semua event. Saya harus memilih. 

 

“Sebab ia memerlukan banyak masa, tenaga dan wang. Jadi, sekarang saya dah tak pergi, tak ada la konten saya nak melawa. Saya rindu juga,” ujarnya. 

 

Dalam pada itu, Nurin juga berkongsi beberapa foto memperlihatkan dirinya bergaya ketika bercuti di luar negara. 

 

“Sumpah I terpaling rajin dulu, paling banyak masa paling nak jadi diva. Done mengimbas kenangan dulu. I plan my outfit dua ke tiga bulan sebelum, siap ada moodboard ya. Awas semuaa kepala saya pun berbulu,” kongsinya lagi.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Emas Jaguar (2.91g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Papan 0.3 24K Gold Plated Jewellery (2160301)

Emas Jaguar (2.91g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Papan 0.3 24K Gold Plated Jewellery (2160301)

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Puma Unisex Scend Pro 2 Running Shoes - Puma White-Glowing Red 31077909

Puma Unisex Scend Pro 2 Running Shoes - Puma White-Glowing Red 31077909

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

ZANZEA Women Daily Retro Casual Loose Long Sleeve Solid Color Blouse

ZANZEA Women Daily Retro Casual Loose Long Sleeve Solid Color Blouse

NEW SOSTROM JOGGING SHOES MEN'S AND WOMEN'S SHOES SPORT SHOES SPORT SHOES

NEW SOSTROM JOGGING SHOES MEN'S AND WOMEN'S SHOES SPORT SHOES SPORT SHOES

Must Watch Video

Advertisement