PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: “Ayah Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Orang” - Anak Bimbang Keharmonian Keluarga

gempak
Kak Gee
21/07/2020
05:32 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee: “Ayah Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Orang” - Anak Bimbang Keharmonian Keluarga
Soalan:
Salam Kak Gee. My dad ada hubungan sulit dengan isteri orang untill now tak terbongkar rahsia lagi. Saya tahu benda ni dah lama cuma saya tak tahu nak buat apa. Sebab saya terlalu sayangkan family saya. Tapi my dad okay je dengan kami sekeluarga tapi pada masa yang sama dia ada perempuan lain yang dia bagi duit semua tu. Saya tahu sebab ternampak dia WhatsApp dengan betina tu la.
Saya nak marah tapi saya ni anak. Tapi setiap kali saya pandang ibu saya, saya terlalu kasihan dekat dia. Kalaulah suatu hari nanti dia tahu macam mana perasaan dia. Saya selalu fikir sebagai anak apa patut saya buat. Saya risau kalau saya silap langkah saya jatuh jadi anak derhaka tapi ibu... Inilah luahan saya, Kak Gee.
Atul
Jawapan:
Waalaikumussalam Atul. Sedih juga Kak Gee dengar masalah Atul. Bak pepatah, ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’. Berada di tengah-tengah keadaan sebegini sangat menyedihkan.
Pada Kak Gee, Atul perlu mencari jalan tengah yang terbaik. Dapatkan pandangan daripada orang yang lebih tua dalam keluarga Atul seperti atuk atau nenek. Bincangkan dengan cara yang baik. Mungkin Atul boleh berkias terlebih dahulu dengan mereka, dengan menggunakan orang lain sebagai sumber cerita dan jangan terus memberitahu mereka itu perihal ibu dan ayah Atul.
Sebagai seorang anak sudah tentulah Atul tidak mahu melihat keluarga menjadi kucar kacir, tapi Atul juga bertanggungjawab dengan kebahagiaan ibu dan ayah Atul.
Jangan biarkannya berpanjangan dan suatu hari nanti menjadi barah yang sudah tidak dapat diubati. Apatah lagi perempuan tersebut juga merupakan isteri orang, bermakna ada sebuah keluarga lagi yang terlibat sama dalam kemelut ini.
Dalam hal ini juga Kak Gee harap Atul tidak hanya menyalahkan pihak perempuan kerana kalau bertepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi. Jadi, Atul perlu mendapatkan nasihat daripada ahli keluarga yang lebih tua atau dalam erti kata lain, ibu dan bapa kepada ibu dan ayah Atul.
Kak Gee harap Atul dapat menyelesaikan kemelut keluarga ini dengan segera supaya ramai pihak tidak terluka, lagi-lagi ibu Atul yang tidak tahu menahu tentang hal ini. Semoga Atul dapat mencari jalan penyelesaian yang baik. Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Atul, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024