PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Ayah Masih Tak Insaf... Dah Sakit Pun Masih Merokok Sorok-Sorok, Takut Kantoi Dengan Mak!

gempak
Kak Gee
13/06/2020
01:12 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee: Ayah Masih Tak Insaf... Dah Sakit Pun Masih Merokok Sorok-Sorok, Takut Kantoi Dengan Mak!
SOALAN:
Salam Kak Gee. Nama saya Zarul. Saya anak terakhir dari lima adik beradik dan tinggal dengan mak dan ayah saya.
Abang dan kakak lain semuanya dah berkahwin.
Sekarang ni masalah saya adalah ayah yang degil.
Ayah saya seorang perokok tegar.
Baru-baru ini, dia dikejarkan ke hospital kerana radang paru-paru.
Hampir seminggu di hospital, ayah saya sudah berjanji dengan mak saya untuk berhenti merokok.
Dua hari lepas, saya sangat terkejut kerana terserempak ayah saya di pekan dan dia kembali merokok!
Dia siap merayu kepada saya untuk tidak membuka rahsia ini kepada mak, takut kantoi katanya!
Kak Gee, saya geram betul kerana dia tak nak ambil pengajaran!
Masa ditahan dekat wad, bukan main lagi penyesalan ayah.
Kini, semuanya dah dilupakan.
Apa patut saya buat Kak Gee?
---
JAWAPAN:
Salam Zarul. Bagi Kak Gee, ayah Zarul ni seorang yang degil.
Betul kata orang putih, 'old habits die hard'.
Memang susah nak berubah, lebih-lebih lagi perkara yang selalu dilakukan.
Pada pendapat Kak Gee, bagi kepentingan ayah Zarul sendiri, apa kata Zarul ajukan sahaja perkara ini kepada mak.
Namun harus diingat, sampaikan dengan sebaik mungkin dan Zarul juga harus memohon kepada mak agar tidak marah-marah kepada ayah Zarul.
Perkara ini harus ditegur dengan baik kerana enggan sebarang perselisihan faham berlaku.
Ayah dan mak harus berbincang dan topik kesihatan ayah haruslah diutamakan, bincang elok-elok ya!
Mungkin selepas ini Zarul boleh memohon maaf kepada ayah kerana telah menyampaikan perkara terbabit kepada mak, tapi tekankan kepadanya yang Zarul hanya mementingkan kesihatan ayah.
Kak Gee harap segalanya dapat diselesaikan dengan baik, Insya-Allah!
--
Itu kisah Zarul, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live