PMTEPIKAKGEE
#PMTepiKakGee; Bagaimana Membuang Rasa Rimas Duduk Dengan Mertua?
SOALAN
Rimas duduk dengan mertua. Salahkah berperasaan sebegitu?
Yang Benar,
Si Rimas
JAWAPAN
Hi si rimas, ringkas betul soalan anda, tapi Kak Gee faham mesti anda sudah sangat berasa tak nyaman selama harus tinggal dengan mertua.
Kak Gee rasa, bukan anda seorang yang punya perasaan ini. Ini adalah dilema bagi kebanyakan pasangan berkahwin yang perlu duduk serumah dengan mertua masing masing.
Sebagai manusia biasa, memang Kak Gee tidak nafikan akan timbul perasaan kurang senang, segan ataupun rimas seperti yang anda katakan.
Apa lagi jika anda baru menikah, dan keluarga mertua termasuk ibu dan bapanya masih lagi asing atau anda terasa janggal untuk bergurau misalnya.
Jadi untuk menjawab persoalan anda, Kak Gee boleh katakan apa yang rasa tidak salah.

Tapi percayalah, jika anda dapat bersabar, menunjukkan sikap melayani mertua dan keluarganya sama seperti anda bersama keluarga sendiri, Kak Gee yakin lama kelamaan sikap rimas itu akan hilang.
Jadilah sahabat dan anak kepada ibu dan bapa mertua anda. Jangan jadi orang asing atau berasa anda orang asing kerana jika diri sendiri membina tembok, maka akan terciptalah macam macam perasaan kurang baik.
Anda juga perlu faham bagaimana memikat hati mertua, tapi janganlah sampai jadi terlalu 'palsu', apa yang penting jaga perasaan mereka, kekal hormat dan menjadi diri sendiri.
Satu lagi, jadikan waktu anda tinggal bersama mertua sekarang ini untuk mempelajari sikap suami dengan lebih mendalam.
Jika semua perasaan termasuk rimas ini masih menjadi satu masalah buat anda, maka berbincanglah dengan pasangan untuk berpindah dan hidup sendiri bersama.
Seeloknya, pasangan yang baru menikah apa lagi telah lama berkahwin menetaplah di kediaman sendiri. Bina hidup dan belajar tentang susah senang bersama sama.
Namun, mungkin kerana ada kekangan maka, ada yang perlu hidup bersama mertua.
Ingat, pandanglah pada sudut positif ya!

Itu kisah Si Rimas, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

Must-Watch Video