PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee Bersama Dr. Maiza - Dilema Isteri Bila Dituduh Tak Ada Dara

gempak
Kak Gee
10/07/2020
10:45 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee Bersama Dr. Maiza - Dilema Isteri Bila Dituduh Tak Ada Dara
Soalan:
Assalammualaikaum, saya kecewa dengan suami saya. Selaput dara wanita saya tak berdarah masa pertama kali bersama selepas berkahwin. Suami tuduh saya tiada dara. Jujur, saya tidak pernah melakukan hubungan seks sebelum ini dan saya tidak tahu hendak jelaskannya kepada suami. Adakah berdarah bukti saya masih ada selaput dara?
Atikah
Jawapan:
Waalaikumsalam, terima kasih kerana sudi bertanyakan soalan pada Kak Gee. Kak Gee bersimpati dengan nasib Atikah.
Pada Kak Gee, sepatutnya bila kita sudah berkahwin kita hendaklah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pasangan kita.
Kak Gee faham Atikah pasti sedang bersedih dan tidak tahu bagaimana hendak buat suami percaya dengan kata-kata kamu.
Tak usah bimbang, bagi menjawab lebih jelas soalan Atikah ini lebih baik Kak Gee serahkannya kepada yang lebih arif dalam bidang ini iaitu doktor bahagian Pakar Perbidanan, Sakit Puan & Infertiliti, Dr. Maiza Tusimin.
Sila rujuk video di bawah:
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live