PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee Bersama Siti Sarah: Ada Suara Sedap, Tapi Tak Yakin Sebab Muka Tak Lawa.. Macam Mana Tu?
SOALAN:
Kak Gee,
Saya mempunyai minat dalam bidang nyanyian. Ramai kawan saya puji saya ada suara yang sedap.
Ada yang sarankan saya masuk pertandingan atau mula buat cover di YouTube, tapi saya sendiri rasa tak yakin dengan diri saya sebab muka saya tak lawa.
Saya risau orang akan kutuk paras rupa saya. Apa yang perlu saya buat?
IZAN
JAWAPAN:
Salam Izan, Kak Gee doakan agar Izan sihat sejahtera hendaknya.
Bagi Kak Gee, penampilan diri bukanlah penghalang untuk Izan tampil memperkenalkan bakat Izan di mata orang ramai.
Izan ada bakat, perkara itu adalah sesuatu yang semulajadi.
Penampilan pula adalah sesuatu yang boleh diperbaiki. Jangan pernah mengalah dan mengatakan wajah Izan tak lawa kerana semua orang ada kelebihan masing-masing.
Tak usah bimbang, bagi merungkai permasalahan ini, Kak Gee serahkan kepada penyanyi terkenal, Siti Sarah yang cuba menjawab soalan Izan dengan pendapatnya yang tersendiri.
Jom lihat apa jawapan Sarah menerusi video di bawah:
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video