,
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee; Cinta Ditolak Ibu Kekasih Kerana Tak Setaraf dan Kurang Cantik. Seriuslah Wujud Lagi Orang Macam ni?

Gempak ID
15/06/2020
15:00 MYT
SOALAN
Salam kak Gee, maaf ganggu. Saya nak luah soal perasaan saya...kak Gee, saya pernah kenal dengan seseorang ni. Sudah hampir 7 tahun kenal, hampir bertunang, tetapi dia tinggalkan saya untuk wanita lain iaitu kawan saya sendiri.
Sejak itu saya jadi tawar hati dengan lelaki, tapi baru baru ni, ada seseorang yang lain pula cuba untk mengenali saya. Saya pula cuma sekadar kawan saja, memang tak berniat untuk kenal lebih lebih kerana pengalaman yang lalu, takut berulang kembali.
Setelah satu tahun kenal, tiba tiba dia suarakan ingin berkawan lebih serius. Lalu saya kata jika serius jumpa kedua ibu bapa saya dan dia bersetuju.
But at the end, he said his mom tak suka, tak restu. Saya tanya juga kenapa? Jawapannya, disebabkan berbeza taraf hidup di mana saya sedar saya cuma orang biasa berbanding keluarganya yang hampir semuanya bekerja kerajaan. Dan lain lain alasan kerana ibunya ingin calon menantu yang lebih cantik.
Kak Gee, walaupun saya tidak meletakkan harapan yang tinggi, tetapi sedikit sebanyak saya rasa kecewa, dan mulai lebih takut dengan semua ini, saya mula rasa tidak ingin sesiapa lagi dah. Bukan kerana tidak redha, tetapi saya mula rasa ingin hidup sendirian biarlah hanya bertemankan keluarga..kak Gee, apa patut saya buat?
Yang benar Fin
JAWAPAN
Waalaikumusalam Fin, aduhai terbawa emosi Kak Gee membaca luahan anda. Sudah boleh buat telefilem jadinya.
Fin, baca apa yang Kak Gee tulis untuk anda ini betul betul. Jika Fin percaya bahawa Allah yang menentukan jodoh dan itulah jodoh yang terbaik buat anda, maka jangan pernah takut untuk jatuh cinta lagi sehingga anda betul betul telah bertemu dengan sebahagian hidup anda.
Jadi Kak Gee sudah jawabkan persoalan terakhir Fin yang buntu sehingga rasa untuk ingin hidup bersendirian. Fin ingat ya, setiap manusia dijadikan berpasangan. Kandas dalam percintaan itu adalah lumrah kehidupan semua orang. Hanya bagaimana setiap daripada kita mendepani masalah itu sama ada kuat atau tidak.
Kak Gee percaya, Fin seorang yang kuat dan akan menjadikan setiap percintaan yang gagal sebagai pelajaran baharu dan cara memperbaiki diri sendiri juga panduan untuk hubungan seterusnya.
Dan ingat ya Fin, saat bercinta mungkin hanya melibatkan dua orang, tetapi apabila pergi ke peringkat menikah, ia telah melibatkan banyak hati dan percampuran yang lebih besar termasuk semua yang terlibat dengan kedua dua belah keluarga.
Fin harus bersyukur kerana awal sudah mengetahui ibu kekasih menentang anaknya berkahwin dengan anda. Bayangkan jika sudah bernikah baru anda tahu tidak direstui dan tidak dilayan selayaknya, lagi makan hati kan Fin.
Jadi bersyukur dan lihat hikmahnya apabila anda sudah diselamatkan oleh Allah daripada duduk dalam sebuah keluarga yang mementingkan pangkat dan rupa.
Mungkin mereka lupa, harta, pangkat, rupa, semua milik Allah. Jika Allah berkehendak menarik segala nikmat itu, sekelip mata ia hilang.
Tapi pada akhirnya, amalan yang baik juga Allah pandang.
Terus kuat Fin dan percaya jodoh tak pernah salah alamat. Semoga Fin terbuka berkenalan, bercinta dan bertemu pasangan hidup yang baik.
----------------------------------------------------------------------------------------------------- Itu kisah Fin, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Viral

Konten Lumba Olymput Dikatakan Tiada Faedah, Abang Siput Tak Sentap - “Kita Buat Pun Santai-Santai Sahaja…”

gempak
04/09/2024
21:55 MYT
Lelaki tular yang kini bergelar pempengaruh,  Muhammad Aswat Azdha Idris atau lebih dikenali sebagai abang siput tidak berkecil hati apabila ada yang melabelkan konten perlumbaan siput sedutnya itu tidak berfaedah.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.