PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: Dilema Andartu Nak Mencari Cinta
SOALAN:
Kak Gee, saya Lina, berumur 35 tahun dan merupakan salah seorang pengurus besar di salah sebuah syarikat di ibu kota.
Saya akui saya seorang wanita yang mementingkan kerja.
Kamus hidup saya hanya ada perkataan kerja, kerja dan kerja.
Jika ada masa terluang pun, saya lebih suka duduk rumah habiskan masa bersama keluarga.
Sedar tak sedar, saya dah mencecah usia 35 tahun awal bulan ini.
Baru saya tersedar yang selama ni masa saya dihabiskan dengan kerja semata-mata.
Saya pernah fikirkan soal cinta, tapi hanya seimbas lalu sahaja.
Bila saya dah masuk usia 35 tahun ni, saya rasa yang saya dah layak memegang status anak dara tua atau andartu dah.
Saya memang tak pernah bercinta sebelum ini.
Kalau di sekolah dan universiti dulu, saya beri sepenuh fokus terhadap pelajaran.
Bila bekerja pula, saya memang 'gila kerja' dan beri tumpuan terhadap kerjaya saya.
Saya tak tahu apa itu cinta, tak pernah bercinta dengan lelaki dan saya tak tahu bagaimana nak mulakan.
Saya teringin juga rasa disayangi dah mahu memiliki keluarga sendiri.
Bantu saya Kak Gee!
JAWAPAN:
Salam Lina, diharap Lina sihat sejahtera hendaknya.
Bagi Kak Gee, tiada yang terlambat dalam kehidupan kerana semua telah disusun sebaiknya.
Apa kata Lina mula membuka peluang untuk mengenali orang di sekeliling Lina.
Mungkin jodoh Lina ada di hadapan mata?
Takpun, Lina boleh mendaftarkan diri di aplikasi mencari jodoh seperti Tinder, OkCupid, TillJannah dan sebagainya.
Beri peluang untuk diri Lina mengenali lelaki, pasti akan datang jodoh yang ditunggu-tunggu selama ini.
Berusaha dan berdoa kerana Insya-Allah, Dia akan membantu kita sebagai hamba-Nya.
Itu kisah Lina, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video