,
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee; Gadis Alami Depresi dan Psycho Disorder Kerana Sikap Ibu Bapa

Kak Gee
29/07/2020
00:30 MYT
SOALAN
Hai, saya di sini hanya sekadar meluah. Saya pernah menghidapi deppress yang berat pada tahun lalu, sehingga saya mengambil keputusan untuk mencederakan diri saya sampai la melakukan overdose ubat.
Saya tertekan dengan masalah keluarga yang sering bertengkar akan masalah kewangan keluarga . Ibu dan ayah sering bergaduh dan bertengkar sehingga menyebabkan saya trauma dan ketakutan pada mereka.
Saya tidak hadir ke sekolah selama beberapa bulan kerana menjadi takut untuk keluar bergaul dan berhadapn dengan orng lain. Ibu dan ayah kerap marah serta memaki saya kerana menganggap saya malas, kerana meraka tidak tahu apa yang dihadapi oleh saya.
Lalu saya mengambil keputusan untuk tinggal dengan kakak sulung selama beberpa bulan. Itu membuatkan saya sedikit tenang, tapi tidak lama, kerana ibu bapa saya marah kerana mereka menganggap saya sengaja tidak mahu ke sekolah dan pada akhirnya saya tidak menduduki peperiksaan SPM.
Saya tertekan dan akhirnya saya pergi ke hospital berjumpa dgn pakar psikitrik dan mereka mengesahkn bahwa saya menghidap deppresion and psycho disorder. Setelah itu baru ibu dan ayah saya sedar apa yang saya alami selama ini. Dan mereka mengambil keputusan untuk menjaga dan meluangkan masa bersama saya.
Lama kelamaan saya menjadi semakin pulih apabila tinggal bersama meraka selama enam bulan. Tapi setiap kebahagiaan tidak selalu bertahan lama. Saya menyedari setelah semakin membaik, ibu bapa saya tidak seperi dulu. Mereka sudah mula bertengkar dan bergaduh.
Mungkin adik beradik yang lain tak rasa tekanan, tapi saya tak dapat nak kawal perasaan, kerana saya trauma.
Saya di rumah seperti kuli, dan saya akan sentiasa dimarah kerana kesalahan orang lain. Saya terpikir apa mungkin saya dilakukan sebegini kerana saya tidak habis sekolah?
Saya tertanya kenapa saya diperlakukan sebegini? Kenapa semua berubah terlalu cepat? Apakah mereka sudah lupa semuanya? Saya tiada tempat mengadu, saya hanya mampu menangis meratapi kesulitan ini. Saya terpaksa sorokan rasa sakit ini dengan berpura pura tiada apa yang berlaku. Kerana saya memang seorang ceria dan akan mengingat bahawa saya tidak akan ada masalah.
Saya terlalu tertekan. Terkadang saya terpikir untuk mengakhiri hidup ini. Tapi saya cuba untuk bertahan walaupun sulit.
Yang Benar, Aeraa
Foto: Film Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini
JAWAPAN
Hi Aeraa, terima kasih kerana memilih Kak Gee untuk melepaskan perasaan yang terbuku di hati anda. Terbuka dan berkongsi masalah juga adalah satu terapi atau jalan buat anda berasa lega, jadi lepaskanlah semuanya.
Cuma untuk permasalahan anda ini, Kak Gee harap Aeraa terus bertemu pakar psikiatri dan menerima rawatan mengikut saranan yang diberikan. Jangan lupa makan ubat jika itu adalah satu keperluan. Lakukan semua nasihat atau rutin yang seharusnya anda lakukan apabila terasa depresi.
Kalau boleh, jauh dan elakkan diri berada di tempat ibu dan ayah bertengkar misalnya dan jangan terlalu memikirkan apa yang terjadi di antara mereka. Selamatkan dan tolong diri anda sendiri ya.
Cari hobi baharu. Lakukan aktiviti yang boleh membuat anda gembira.
Tentang tidak menghabiskan persekolahan, jika ada peluang, kembali belajar dan ambillah SPM. Sayang diri anda sendiri dan kuat kerana pada masa akan datang, anda harus menjaga diri sendiri juga. Jadi pelajaran adalah amat penting.
Dan terakhirnya, selalunya dekat dengan Allah, berdoa semoga Allah bantu dan pelihara anda supaya tidak melakukan perkara di luar kawalan. Jaga diri Aeraa.
Itu kisah Aeraa bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar