PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: Housemate Malas Nak Basuh Pinggan
SOALAN:
Salam Kak Gee, kadang-kadang saya ni rimas dengan housemate saya. Dia ni malas benar nak basuh pinggan.
Lepas makan tu, dia biar je kat singki. Esok atau lusa baru dia basuh.
Nasib baik pinggan je dia malas basuh, benda lain macam periuk belanga tu dia basuh, kalau tak mesti saya lagi bengang.
Macam mana ni Kak Gee, takut kalau tersalah cakap karang saya bergaduh dengan dia!
ANIS
JAWAPAN:
Salam Anis. Kak Gee harap Anis sihat selalu.
Kak Gee sarankan Anis menggunakan pendekatan berbeza.
Mungkin Anis boleh tampal notis seperti 'minta kerjasama basuh pinggan segera selepas makan' di ruangan dapur agar teman serumah Anis boleh melihatnya.
Kalau tiada respon, Anis boleh menggunakan pendekatan untuk menegur teman serumah Anis.
Minta masa teman serumah Anis untuk duduk berbincang dengan berdiplomasi secara baik.
Ingat, perbincangan harus dilakukan dengan penuh hikmah dan jangan melibatkan perasaan agar kata putus dapat dicapai.
Kak Gee harap masalah Anis akan segera selesai.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video