#PMTepiKakGee: Ingin Berumah Tangga Tetapi Tunang Selalu Sakit & Kini Di Rawat Di HKL
Kak Gee
14/08/2020 02:30 MYT
14/08/2020 02:30 MYT
Soalan:
Salam Kak Gee. Dari semalam sampai lah hari ni saya tertanya-tanya tentang masalah hidup. Saya dan tunang ingin mendirikan rumah tangga. Tapi tunang saya dibelenggu masalah kesihatan. Kejap-kejap okay, kejap-kejap tak.
Dia sedih dengan masalah kesihatan dialami. Dan sekarang tunang masih di hospital untuk rawatan lanjut disebabkan demam panas melampau. Dia terpaksa dibawa ke HKL untuk rawatan lanjut untuk mengelakkan kesan lain. kami buntu, Kak Gee.
Nad
Jawapan:
Waalaikumussalam Nad. Kak Gee doakan semoga tunang Nad segera sembuh daripada masalah kesihatan yang dihadapinya. Bukan mudah untuk mengetahui masalah kesihatan kita kecuali kita berjumpa dengan doktor dan mendapat rawatan yang sewajarnya.
Mungkin perkara yang terbaik untuk tunang Nad buat masa ini adalah mendapat rawatan yang berterusan daripada hospital untuk mengetahui keadaan sebenar tentang masalah yang dihadapinya.
Kak Gee faham dengan keinginan Nad untuk mendirikan rumah tangga, tetapi kalau jodoh tidak akan ke mana. Buat masa sekarang Kak Gee harap Nad dapat menjaga tunang dengan baik sehingga dia sembuh sepenuhnya. Dalam suasana wabak yang tidak menentu ini, tentulah perkara yang paling penting adalah kesihatan kita. Jangan terburu-buru untuk berkahwin sedangkan keadaan masih belum mengizinkan.
Kak Gee pasti Nad dan tunang dapat bersabar buat sementara waktu sehingga keadaan tunang Nad stabil dan kembali sihat seperti sedia kala. Mungkin dia bersedih dengan masalah kesihatan yang dialami, jadi lebih baik Nad berada di sisinya dan memberikan semangat untuk dia sihat dengan memakan ubat, makan makanan berkhasiat dan terus menjaga kesihatan diri
Insya-Allah, semoga keadaan tunang Nad akan sembuh sepenuhnya nanti. Jangan lupa jemput Kak Gee bila tiba masanya untuk makan nasi minyak. Salam sayang daripada kak Gee!
Itu kisah Nad, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!