PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee : Isteri Berperangai Pelik Waktu Mengandung, Suami Hampir Hilang Sabar!
Soalan:
Salam Kak Gee, boleh panggil saya Ajib.
Saya sudah pun berkahwin dan bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Happy sangat tapi ada masalah sikit Kak Gee.
Sejak akhir-akhir ni, wife saya jadi pelik tak tentu hala.
Asyik nak marah je kerjanya, pagi petang siang malam.
Lagi pelik bila badan dia asyik panas, sampai malam-malam pun saya terpaksa tahan sejuk sebab pasang aircond paling rendah.
Adakah ini normal Kak Gee? Tolong saya buntu ni, jangan sampai hilang sabar.
Jawapan:
Walaikumsalam Ajib. terima kasih kerana #PMTepiKakGee
Buat pengetahuan Ajib, wanita hamil memang akan ada perangai pelik.
Adakalanya memang sukar suami nak faham.
Tapi apapun suami kena bertolak ansur untuk mengelakkan berlaku salah faham dan melabel isteri mengada-ngada.
Untuk makluman, ramai pakar perubatan berpendapat, perubahan emosi itu berlaku sepanjang 10 minggu pertama kehamilan.
Ia akan berkurangan apabila memasuki trimester kedua sebelum semakin hilang begitu saja ketika usia kandungan semakin menghampiri tempoh kelahiran.
Malah, Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Ahmad, dalam satu laporan media pernah memberitahu hampir semua wanita hamil akan mengalami perubahan emosi yang bercampur.
Perasaan gembira kerana berjaya hamil dan pada masa sama berasa tertekan dan letih. Dua perkara ini bercampur baur.
Jadi suami jangan cepat marah isteri kalau perangainya agak pelik dan ‘mengada-ngada’ daripada biasa. Itu lumrah isteri yang hamil.
##
Itu kisah Ajib, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video