Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#PMTepiKakGee; Jatuh Cinta Dengan Pengkid Lepas Putus Tunang

Gempak Spot
05/07/2020 15:00 MYT
SOALAN

Masalah saya adalah selepas saya putus tunang, saya tiba tiba jatuh hati dekat pengkid. Dan kami bercinta. Tapi pengkid itu masih tak boleh move on dengan ex dia. Saya sayang gila dia tapi saya tak boleh beri macam apa yang ex dia bagi.

Yang Benar,
Nania

Kredit Foto: The Women's Room




JAWAPAN

Hi Nania, apa khabar? Harap Nania sihat. Pertama Kak Gee ikut berduka cita dengan khabar Nania putus tunang.

Tapi apabila putus tunang, anda mengatakan bercinta dengan seorang pengkid, Kak Gee percaya Nania sedar bahawa perlakuan ini salah di sisi agama.

Berpewatakan pengkid mungkin tak salah sebab Kak Gee faham setiap kita punya minat dan gaya tersendiri. Namun jika naluri menjadi songsang dan keinginan yang di luar norma agama, itu adalah salah.

Nania, Kak Gee bukan nak beri tazkirah sebab Kak Gee percaya anda sudah cukup dewasa dan matang untuk tahu mana yang buruk mana yang baik atau ia salah juga sebaliknya.

Tapi memandangkan anda sudah bertanya kepada Kak Gee tentang dilema anda, Kak Gee sangat ingin anda merenungkan dan refleksi diri.

Setelah sudah merenungkan perbuatan anda dengan sangat dalam, (mungkin ada perbuatan atau perlakuan bekas tunang yang membuat anda berubah selera tetapi tidak anda kongsikan dengan Kak Gee), lakukan hal terpenting ini.

Bertaubat. Minta pada Allah agar kembalikan hati anda kepada naluri yang sebenar. Dan kemudian berusaha sekerasnya untuk menjalani hidup normal dan jatuh cinta lagi dengan pasangan bukan sejenis.

Nania, cinta itu kita yang wujud dan putikkan dan kita juga yang boleh padamkan ia mengikut hati dan minda kita.

Kalau Nania ingat pepatah Ikut Hati Mati, Ikut Badan Binasa, mungkin ini sangat sesuai dengan dilema anda yang bercinta dengan pengkid.

Jangan jatuhkan diri anda lebih jauh dalam jurang kesongsangan ini. Kembali ke pangkal jalan. Bertaubat dan benar benar nekad untuk berubah.

Insha Allah cinta yang baik akan datang kepada anda kelak.

Kak Gee doakan anda selamat keluar dari dilema ini dan mendapatkan pasangan yang sepadan dan boleh menjaga anda sebaiknya kelak.

Itu kisah Nania, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?

Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.



Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#Viral #Viral #Pengkid #PMTepiKakGee