PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee; Kekasih Minta Dilupakan Selepas Dapat Kerja dan Jauh, Ini Yang Perlu Anda Lakukan
SOALAN
Kak Gee, si dia minta saya lupakan dia sebab dia baru dapat kerja dan jauh dari saya.
Yang benar,
Diandra
JAWAPAN
Hi Diandra. Kak Gee tahu walaupun permintaan si dia sangat ringkas tapi cukup meninggalkan kesan yang mendalam kepada anda, apa lagi mungkin tak pernah anda sangka ungkapan seperti itu yang akan keluar dari mulutnya.
Tapi Diandra, percayalah cakap Kak Gee, walau sedih dan terluka macam mana pun, lepaskan dia. Akur dengan permintaannya sebelum anda dikecewakan dengan lebih teruk di kemudian hari.
Sedih itu sebuah perasaan yang boleh hilang. Suka juga adalah perasaan yang boleh datang. Dan cinta adalah sebuah rasa yang dipupuk oleh dua orang menjadi satu. Mana mungkin jika anda sahaja yang punya rasa cinta sedangkan si dia awal lagi sudah menyerah.
Apabila pasangan meminta anda melupakannya dengan alasan semudah baru dapat kerja dan jaug dari anda sewaktu bercinta, boleh tak anda bayangkan jika sudah berumah tangga kelak? Di mana tanggungjawab dan kekuatan seorang ketua keluarga dalam mempertahanankan biduk rumah tangga jika jarak jauh menjadi masalah dalam sebuah perhubungan?
Diandra, hidup adalah sebuah perjalanan yang masih panjang. Apa yang ada di hadapan kita semuanya rahsia Allah. Jadi anda kena redha dan positif bahawa di masa hadapan Allah akan mempertemukan anda dengan seorang lelaki yang lebih menghargai dan tidak akan mensia siakan cinta anda.
Okay, jangan sedih sedih, jadi wanita yang kuat! Kak Gee doakan Diandra mendapat jodoh yang baik kelak. Take care okay!
Itu kisah Diandra bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video