PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee; Kenapa Saya Ada Saudara Yang Suka Pecah Belahkan Famili

gempak
Kak Gee
18/07/2020
01:38 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee; Kenapa Saya Ada Saudara Yang Suka Pecah Belahkan Famili
SOALAN
Kak Gee, saya berasal dari broken family. Kemudiaan saudara mara datang rumah untuk pecah belahkan famili kami.
Yang Benar, Nana
JAWAPAN
Hi Nana, apa khabar? Kak Gee harap awak sihat dan tak terlepas baca pesanan Kak Gee buat anda ya.
Nana, Kak Gee nak anda tahu tak ada salahnya anda datang dari keluarga yang telah berpisah. Tetapi apa yang penting adalah sifat saling menghargai, melindungi dan bersepakat dengan adik beradik (jika anda ada) dan terus menyayangi ibu atau bapa anda kerana sebesar apapun masalah mereka sehingga harus bercerai, itu adalah urusan mereka.
Namun sebagai anak, kita tetap perlu hormat kepada ibu dan bapa walaupun mereka sudah tidak bersama lagi.
Kemudian, untuk masalah saudara mara jenis suka pecah belahkan famili, kembali kepada apa yang Kak Gee nasihatkan di atas.
Jika kalian satu keluarga punya hubungan yang sangat akrab, saling mendukung dan percaya antara satu sama lain, maka apapun yang orang luar termasuk saudara misalnya cuba atau sudah lakukan, Insha Allah tidak akan memberi kesan kepada anda dan keluarga.
Percaya dan sayanglah keluarga anda walaupun ada sikap sikap buruk yang mungkin membuat anda sakit hati, tetapi apabila anda boleh berfikir dengan lebih positif, hanya keluarga yang akan bersama anda pada saat kritikal ataupun bahagia.
Jangan cepat terpedaya atau terpengaruh dengan apa yang saudara mara atau orang luar cuba lakukan kepada keluarga anda. Teruslah bersama dan harmoni. Nanti lama kelamaan jika mereka lihat anda dan keluarga tidak tergugat langsung dengan apa yang mereka lakukan, Kak Gee percaya mereka akan berhenti memecah belahkan kalian.
Kak Gee doakan anda dan keluarga berjaya melepasi dugaan ini. Jangan berkasar dengan saudara mara yang cuba memecah belahkan keluarga anda, tapi tunjukkan dengan kasih sayang dan beri teladan yang baik kepada mereka.
Buktikan kepada mereka, walaupun anda lahir dari keluarga yang sudah berpisah, tapi dengan kasih sayang antara satu sama lain, tak ada siapa boleh memecah belahkan kalian.
Itu kisah Nana, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024