PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Malu Nak Bercakap Dengan Orang Sebab Pelat R

gempak
Kak Gee
24/09/2020
13:42 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee: Malu Nak Bercakap Dengan Orang Sebab Pelat R
SOALAN:
Salam Kak Gee, saya Aizul. Saya rasa malu nak bercakap dengan orang sebab saya pelat R.
Kadang-kadang, saya memang mengelak nak cakap dengan orang sebab saya malu dengan kekurangan diri saya.
Perkara ni kadangkala buat saya stress. Bantu saya Kak Gee.
JAWAPAN:
Salam Aizul, terima kasih kerana menghubungi Kak Gee.
Bagi Kak Gee, Aizul tak perlu malu kerana ia adalah kurniaan Allah untuk Aizul.
Kita sekarang ni pun bukannya duduk di zaman batu, orang pun sudah pandai menjaga sensitiviti.
Kenapa kerana satu perkara yang Aizul anggap sebagai kekurangan itu membuatkan Aizul terkebelakang?
Tonjolkan kebolehan yang lain, jangan jadikan perkara itu sebagai salah satu penghalang.
Kak Gee percaya, jika Aizul memberikan fokus kepada kelebihan Aizul, maka Aizul akan dapat mengatasi tekanan yang Aizul hadapi.
Kak Gee doakan semoga Aizul berjaya atasi masalah yang Aizul hadapi!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live