PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Masak Tahu, Kemas Malas... Housemate Bengang Dapur Berkecah!

gempak
Kak Gee
27/06/2020
22:31 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee: Masak Tahu, Kemas Malas... Housemate Bengang Dapur Berkecah!
SOALAN:
Kak Gee, saya bengang betul dengan budak rumah saya.
Dia baru sahaja pindah hujung bulan lepas tapi dia dah mula tunjuk taring atau sikap sebenar dia.
Dia ni suka memasak, okay, tak menjadi masalah untuk saya dengan budak rumah lain.
Tapi dia ni pemalas nak kemas tau Kak Gee!
Lepas dia masak tu, dapur berminyak-minyak, dengan periuk belanga bertimbun dalam sinki.
Dengan sampah barang-barang dapur basah pun tak dibuangnya.
Paling cepat dia kemas, keesokan harinya, paling lambat tu dia pernah biarkan tiga hari dapur tu bersepah.
Aiyo, saya ni tak retilah nak bincang, takut saya sound dia, gaduh pulak nanti.
Apa patut saya buat ni Kak Gee? Tolong saya!
Housemate Bengang!
JAWAPAN:
Salam Housemate Bengang. Terima kasih sebab kongsi masalah dengan Kak Gee.
Kak Gee lemas betul dengan cerita orang pemalas ni sebab Kak Gee akan turut geram sama.
Pantang betul Kak Gee dengan sikap M ni sebab ia memang mendatangkan mudarat.
Beginilah, jika anda rasakan anda tidak boleh menegur housemate anda, takut bergaduh, apa kata anda gunakan cara lain.
Mungkin anda boleh tanyakan teman serumah lain yang mempunyai ketokohan dan cara diplomasi yang baik untuk berbincang dengan si dia yang bermasalah itu.
Salah satu solusi berbeza ialah mungkin anda dan teman serumah lain boleh tampalkan nota di dapur seperti peringatan untuk semua penghuni rumah agar mengemas selepas selesai memasak.
Tak pun, anda rangka mesej terlebih dahulu dalan ruangan 'Notes' di telefon pintar anda.
Tulis dengan baik dan jangan marah-marah, tunjukkan mesej kepada kawan lain sebelum anda berikan kepadanya.
Apa yang penting, bincang elok-elok dan tegurlah secara berhikmah, Insya-Allah dia akan menghilangkan sikap malasnya itu.
.
Itu kisah teman serumah, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu.
Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Kredit foto: Medium
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live