,
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Masih Rasa Fobia Nak Keluar Rumah

Kak Gee
24/09/2020
10:39 MYT
SOALAN:
Salam Kak Gee, saya Ita, seorang suri rumah.
Saya masih rasa fobia nak keluar rumah semenjak PKP dilaksanakan Mac lalu.
Ada sekali tu, bulan Jun lalu, saya keluar rumah, dalam kereta tu saya menangis-nangis suruh suami pusing balik kereta.
Suami saya anggap saya over sebab susah nak buang rasa takut ni tapi ada sedikit rasa risau dalam hati saya.
Jadi, kadang-kadang saya selalu juga kena tinggal bila suami bawak anak-anak keluar makan, saya tak nak ikut sebab takut.
Saya nak atasi rasa takut saya Kak Gee, apa boleh saya buat?
JAWAPAN:
Salam Ita, Kak Gee harap Ita sentiasa sihat.
Kak Gee rasakan Ita sendiri perlu sesuaikan diri dengan norma baharu.
Ita perlu tenangkan diri kerana COVID-19 belum lagi berakhir.
Ita perlu meneruskan hidup seperti biasa dengan norma baharu kerana itulah yang semua orang lakukan.
Kak Gee bukan nak galakkan Ita keluar rumah, tapi kadangkala, Ita memang perlu keluar kerana pastinya satu masa nanti akan ada urusan atau hal penting yang memerlukan Ita keluar rumah.
Jadi, buang rasa takut kerana itu akan memburukkan keadaan.
Gantikan dengan perasaan waspada, berjaga-jaga ketika keluar kerana itu akan dapat membantu Ita.
Minta sokongan suami dan anak-anak, Kak Gee doakan Ita boleh atasi ketakutan Ita, Insya-Allah.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Malu Nak Bercakap Dengan Orang Sebab Pelat R

gempak
24/09/2020
13:42 MYT
Janganlah rasa rendah diri!
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Suami Pening Isteri Ketagih Rokok!

gempak
19/09/2020
16:32 MYT
Ketagihan ni tak mengira jantina tau!
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Ibu Risau Anak Tak Ada Teman Lelaki

gempak
19/09/2020
16:30 MYT
Mungkin ada perkara lain yang terbuku dalam hati anak gadis tu.
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : Bau Ketiak Busuk Buat Gadis Hilang Keyakinan

gempak
11/09/2020
12:57 MYT
Hilang keyakinan diri tau kalau ketiak masam!
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Pembantu Rumah Berhenti, Gadis Tak Tahu Nak Buat Kerja Rumah

gempak
11/09/2020
12:39 MYT
Susah jugak kalau dari kecil ada maid kan!
BorakSeeni