#PMTepiKakGee: Nak Kumpul Keyakinan Bercakap Di Khalayak Ramai
Kak Gee
06/09/2020 11:25 MYT
06/09/2020 11:25 MYT
SOALAN:
Macam mana nak ada confident bila bercakap di hadapan orang ramai?
Erika.
JAWAPAN:
Salam Erika, terima kasih kerana mengutarakan soalan kepada Kak Gee.
Skil untuk bercakap di hadapan orang ramai adalah satu perkara yang boleh Kak Gee katakan penting di masa kini.
Ketika bergelar pelajar pun, kita harus bercakap dan membuat pembentangan di hadapan guru atau pensyarah dan pelajar-pelajar lain.
Selain itu, skil ini juga penting ketika di zaman pekerjaan.
Bagi Kak Gee, Erika boleh memulakan usaha Erika dengan berlatih di hadapan cermin dahulu.
Pilih satu topik yang ingin Erika perkatakan dan latih skil percakapan Erika di hadapan cermin.
Selain itu, Erika boleh merujuk banyak video YouTube tentang bagaimana untuk mengurangkan rasa gugup dan menambah keyakinan ketika bercakap di hadapan orang ramai.
Insya-Allah, jika Erika banyak berlatih, pastinya keyakinan itu akan datang sendiri dan akhirnya cita-cita Erika tercapai.
Kak Gee doakan agar Erika berjaya!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!