PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee : Penangan Cinta Terlarang, Gadis Keliru Mahu Terus Berdosa Atau Bertaubat Fikir Masa Depan!
Soalan:
Hi Kak Gee, boleh panggil saya sis je, saya berumur 34 tahun dan still bujang belum pernah berkahwin.Dua tahun lalu saya ada berkenalan dengan seorang lelaki ni, dipendekkan cerita this guy nak ada relationship dengan saya.
Then ada satu hari selepas sebulan bercinta, dia ajak 'check in' hotel. Seriously tak expect kami akan buat hubungan terlarang tu.
Dia janji akan bertanggungjawab, then as for me ok je la.
Tapi ada satu hari tu dia call saya nak pinjam duit untuk selesaikan hutang sebanyak RM30,000.
Nak dipendekkan cerita saya pon buat la pinjaman dengan bank semata-mata nak tolong dia.
Selama dua tahun hubungan kami ni, saya yang banyak berhabis untuk dia, kalau makan saya yang bayar, loan kereta dia pon kalau tak cukup saya yang topupkan, kiranya memang banyak la saya berhabis untuk dia.
Dia berjanji akan kahwini saya dan bayar balik semua yang dia pinjam.
Sometime, saya memikir juga masa depan saya, sampai bila saya nk buat maksiat kan?
Umur semakin meningkat, bebanan kewangan semakin tinggi. Kalau saya single tak ada couple maybe lagi happy.
How sis, macam mana saya nak tamatkan 'relationship' ni dan pada masa sama saya dapat balik duit yang dia pinjam tu.
Jawapan:
Hi Sis, terima kasih kerana sudi #PMTepi KakGee.Apabila melihat kisah hidup sis ni, Kak Gee rasa sis sangat tersepit antara kasih sayang dan masa depan.
Kak Gee cuba untuk nasihatkan beberapa kaedah terbaik berdasarkan pengamatan Kak Gee yang terlebih dahulu 'makan garam' ni.
Ada dua situasi sebenarnya, pertama jika sis benar-benar mahu tamatkan hubungan, beranikan diri.
Mungkin sudah lama sis menanggung beban hingga terlupa tentang kebahagiaan diri sendiri.
Cubalah kehidupan baru dan fikirkan masa depan sendiri. Soal duit, Kak Gee memang tidak yakin teman lelaki sis mampu bayar dalam masa terdekat.
Namun, cuba buat perjanjian untuk membayar hutang secara bulanan, sedikit demi sedikit.
Jika dia enggan, mungkin sis perlu bantuan pihak ketiga, itu terpulang kepada sis.
Situasi kedua pula, Kak Gee yakin masih ada rasa sayang terhadap dia hingga sukar sis nak 'move on'.
Walau apa juga orang kata, sis mungkin susah nak bertindak, yelah sayang punya pasal kan.
Apa yang Kak Gee boleh nampak adalah membawa teman lelaki sis ni berubah sedikit demi sedikit.
Jika tiada kerja, mungkin boleh bantu carikan kerja. Beri dia semangat kerana sis sayangkan dia.
Bukan Kak Gee menolak semua lelaki yang bermasalah ini, namun tidak dinafikan ramai lelaki 'buas' di luar sana akhirnya berubah selepas mereka berkahwin atau sampai 'hidayahnya'.
Soal hati ini susah kita nak handle, apapun tepuk dada tanya apa yang sis rasa terbaik.
Jika susah buat keputusan, berdoalah supaya Tuhan beri petunjuk.
Itu kisah Timah, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video