PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: Penat Dengan Hidup & Sunyi Lepas Ibu Tiada
Soalan:
Salam Kak Gee. Panggil saya Bunga. Saya terlalu sunyi hidup merantau selepas ibu meninggal. Sejak dari umur belasan tahun hidup dengan ibu, kami berdua lebih rapat berbanding dengan ayah.
Jadi saya sunyi dan hidup berseorangan menyewa /merantau/bekerja. Kerap menangis seorang diri dan mula rasa kecewa dalam diri serta tak tenang dengan banyak perkara yang terjadi. Sekarang saya letih dan sangat penat dengan hidup yang terlalu sunyi.
Bunga
Jawapan:
Waalaikumussalam Bunga. Kak Gee tumpang sedih dengan kehilangan ibu Bunga. Semoga Bunga kuat menghadapi kehilangan tersebut.
Kak Gee faham, kehilangan seseorang yang kita sayang pastinya akan membuat jiwa kita berasa kosong apatah lagi mereka itu adalah orang yang sangat rapat dengan kita. Pastinya sukar untuk kita lepaskan tetapi Kak Gee harap Bunga dapat kuatkan semangat diri. Hanya Bunga yang mampu mengeluarkan diri dari perasaan kosong dan kesunyian ini.
Ambil langkah perlahan-lahan untuk bebaskan diri daripada rasa sunyi. Apa yang Bunga boleh buat adalah mula berkawan dengan mereka yang berada di tempat kerja Bunga. Tidak perlu terlalu rapat dengan cepat, tetapi mulakan dengan langkah pertama seperti berbual-bual tentang perkara biasa. Cari sesuatu yang dapat menghubungkan Bunga dengan mereka seperti keluar makan bersama, keluar membeli belah atau berbual tentang rancangan TV yang sama-sama minati.
Perkara yang kedua, Bunga juga kena cuba berusaha untuk merapatkan diri dengan ayah kerana bukan sahaja Bunga kehilangan ibu, tetapi ayah Bunga juga kehilangan isteri. Tentunya ayah juga perlukan sokongan dan kasih sayang Bunga kerana Bungalah pengikat ayah dan ibu. Cuba sebaik mungkin untuk rapat dengan ayah dan perbaiki apa yang kurang.
Percayalah kata Kak Gee, Bunga akan bertemu dengan teman-teman yang akan susah senang bersama Bunga. Jangan jauhkan diri daripada orang lain dan Bunga pastinya tidak lagi kesunyian.
Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Bunga, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video