,
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee; Pernah Digomol Kekasih, Siswi Ketagih 'Ringan Ringan' Walaupun Sendirian

Gempak Spot
11/06/2020
15:00 MYT
SOALAN
Kak Gee, saya ada berkenalan dengan seorang lelaki dari universiti dan fakulti yang sama. Orangnya baik dan sopan dan setelah beberapa lama berkenalan kami jatuh cinta.
Selepas jatuh cinta kami rajin menghabiskan masa bersama dan akhirnya bermulakan episod pasangan kekasih yang mula melakukan hal hal seperti bercium dan Kak Gee fahamlah apa seterusnya yang terjadi.
Cuma demi Allah, kami memang belum terlanjur lagi walaupun sudah buat 'benda benda macam tu'.
Tapi apa yang pernah kami lakukan telah membuat saya ketagih untuk 'buat benda tu' walaupun berseorangan diri.
Saya sayang dia Kak Gee, dia pun berjanji untuk menjadikan saya halal (isteri). Keluarga kami juga sudah saling kenal.
Yang Benar, Lia
(PERHATIAN: Artikel ini sudah diedit dari segi gaya bahasa dan diringkaskan dengan tidak melarikan maksud yang cuba disampaikan oleh tuan punya badan.
JAWAPAN
Hi Lia, Kak Gee susah hati membaca luahan dan pendedahan yang anda kongsikan kepada #PMTepiKakGee. Apapun Kak Gee nak ucap terima kasih kerana telah mempercayai Kak Gee untuk sekurang kurangnya mengurangkan sedikit beban di minda anda.
Jika bukan Kak Gee beritahu, anda sendiri sudah maklum bahawa perbuatan yang anda lakukan dengan kekasih adalah berdosa besar di sisi agama. Walaupun belum terlanjur, namun ia adalah perlakuan yang dilarang keras oleh Islam.
Tentulah apabila agama melarang kita melakukan sesuatu, ia punya sebab yang akan memberi impak atau kesan tak baik kepada kita. Jadi anda memang sudah tahu bahawa perbuatan yang dilakukan salah.
Dan terus terang Kak Gee katakan, Kak Gee tidak menyokong sama sekali apa yang anda dan kekasih lakukan. Jadi tolong berhenti merelakan diri anda diperlakukan sedemikian sebelum anda terlanjur lebih jauh dan menyesal di kemudian hari.
Berfikir dengan waras dan sayangi diri sendiri. Percayalah perkara terlarang yang anda lakukan ini akan menjadi sebuah trauma buat anda apabila ia tak berakhir dengan baik, kelak.
Keduanya, maaf untuk Kak Gee katakan, pendedahan anda yang ketagih melakukan 'benda itu' walaupun seorang diri amat membimbangkan. Ia boleh menjadi penyakit (habit buruk) jika tidak dirawat.
Jadi nasihat Kak Gee, mungkin anda perlu mencari bantuan pakar psikiatri untuk membantu anda meninggalkan ketagihan tersebut.
Dan yang terakhirnya, pesanan Kak Gee ini sangat penting.
Tolong bertaubat. Bertaubat, bersih dan serahkan diri sepenuhnya kepada Allah, kemudian buatlah nasihat Kak Gee yang lain seperti menolak ajakan kekasih untuk perlakuan tak senonoh itu dan bertemu pakar untuk membantu anda mengatasi masalah ketagihan yang baru bermula itu.
Semangat dan sayangi diri sendiri ya Lia. Kak Gee harap, di masa hadapan mungkin jika Kak Gee mendapat khabar dari anda lagi, semua dilema yang sedang anda hadapi ini sedang diperbaiki atau sudahpun berakhir.
Salam sayang dari Kak Gee.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu kisah Lia, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Cari Duit Lebih, Lelaki Menyamar Doktor 20 Tahun Ditangkap

gempak
09/09/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki berjaya menyamar selama 20 tahun sebagai seorang doktor hanya dengan pengetahuan yang diperoleh sebagai pemegang ijazah dan sewaktu melakukan latihan perubatan semasa bergelar tentera laut.
Gaya Hidup

10 Hingga 13 Peratus Penjawat Awam Bankrap Sejak 2021 Hingga Tahun Ini

gempak
09/09/2024
08:46 MYT
Jabatan Insolvensi mendedahkan kira-kira 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baharu yang didaftarkan di seluruh negara dalam tempoh hampir empat tahun ini membabitkan penjawat awam.
Bollywood

Penyanyi Bengang Dibaling Kasut, Cabar Peminat: “Siapa Buat? Naik Ke Pentas!”

gempak
09/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Tauba Tauba, Karan Aujla berang dan mencabar penonton yang telah membaling kasut ke arahnya sewaktu membuat persembahan di London baru-baru ini.
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Viral

"Dapat Mana Cerita Tu?" - Alif Teega Tak Tahu Isteri Failkan Perceraian

gempak
09/09/2024
01:07 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Alif Teega mengaku terkejut dan tidak mengetahui bahawa isterinya, Aisyah Hijanah telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Ogos lalu.