PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: "Saya Kantoi Keluar Dengan Kawan Baik Dia" - Gadis Curang Mahu Peluang Kedua
SOALAN:
Salam Kak Gee.
Saya ada masalah yang mahu saya luahkan kepada Kak Gee.
Sama macam lagu popular Nabila Razali yang berjudul Peluang Kedua, macam tu juga situasi saya sekarang.
Saya curang dengan teman lelaki saya. Semenjak PKP, kami jarang berjumpa.
Saya terperap di rumah tetapi BF saya sibuk kerja kerana dia salah seorang frontliner.
Akibat bosan, saya mula melayan si T, kawan baik BF saya.
Lama kelamaan saya seronok dengan T dan akhirnya, kami keluar dating dua minggu selepas Raya di sebuah shopping mall.
Nak dijadikan cerita, kantoi pulak dengan BF saya kerana dia juga pergi ke shopping mall yang sama dengan dua orang adiknya.
Saya kantoi keluar dengan teman baik BF, depan-depan mata.
Masa tu, pucat betul muka saya, kalau toreh pun mesti tak keluar darah!
Selepas itu, saya akhiri hubungan dengan T dan kembali menagih cinta BF saya.
Masalahnya, dia tak layan saya langsung Kak Gee.
Sejujurnya, saya menyesal Kak Gee dan mahukan peluang kedua. Tolong saya Kak Gee!
Zaza
JAWAPAN:
Salam Zaza. Kak Gee doakan Zaza sentiasa selamat.
Benar kata orang, jika kita kehilangan sesuatu, barulah kita akan menyesalinya.
Begitu juga apa yang sedang berlaku antara Zaza dan teman lelaki.
Zaza harus menyesali perbuatan ini dan berjanji dengan diri sendiri agar tidak bersikap curang lagi.
Jika Zaza masih mahukan teman lelaki Zaza, tunjuklah kesungguhan untuk memenangi hatinya semula.
Dengan ikhlas dan rendah hati, mohon maaf kepada teman lelaki Zaza dan sesali apa yang Zaza lakukan.
Jika dia tak layan Zaza, cuba lagi.
Berusaha untuk memujuk hatinya dan katakan kepadanya Zaza benar-benar menyesal.
Jika Zaza ikhlas memujuk, pastinya teman lelaki Zaza mahu menyambung semula perhubungan anda berdua.
Pesan Kak Gee, ikhlaslah dalam perhubungan dan jauhi kecurangan.
Jangan buat perkara yang anda tak gemar orang lain buat kepada anda.
.
Itu kisah Zaza, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu.
Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Kredit foto: UpJourney
Must-Watch Video