PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: “Saya Teringin Nak Jumpa Ibu Kandung” - Bahagia Dengan Keluarga Angkat Tapi Mahu Tahu Asal Usul
Soalan:
Salam Kak Gee. Saya tak adalah masalah besar sangat. Saya ni anak angkat dan ibu bapa angkat saya memang sayang dengan saya. Cukup semuanya mereka sediakan untuk saya. Mereka pun tak buat saya macam anak angkat.
Cuma sejak saya tahu saya anak angkat, saya sangat teringin nak jumpa dengan ibu kandung saya. Tak tahu kenapa perasaan tu timbul Kak Gee. Tapi memang saya nak tahu tentang dia, saya ni ada adik beradik lain ke, dan benda-benda berkaitan.
Banyak kali saya tanya Mak tapi dia tak mahu ceritakan. Ada masa sampai dia merajuk dengan saya. Bukan nak kecilkan hati dia Kak Gee, tapi saya tak boleh buang perasaan ingin tahu. Harap Kak Gee boleh bantu.
Lyta
Jawapan:
Waalaikumussalam Lyta. Gembira Kak Gee dengar Lyta bahagia dengan keluarga angkat Lyta. Mestilah rasa seronok bila disayangi swpnuh jiwa.
Tentang perasaan Lyta yang teringin berjumpa dengan ibu kandung, Kak Gee rasa itu mungkin perkara yang biasa terjadi pada anak angkat. Ramai yang ingin tahu asal usul mereka.
Tetapi masalah Lyta ini sangat halus dan perlu diatasi dengan berhati-hati. Tentunya Lyta tidak mahu melukakan hati ibu angkat Lyta yang menjaga Lyta sepenuh hatinya. Mungkin kerana itu juga dia tidak mahu berkongsi cerita dengan Lyta.
Lyta juga kena faham perasaan seorang ibu yang mungkin berasakan dirinya tidak memberikan yang terbaik sehingga Lyta mahu berjumpa dengan ibu kandung. Dia juga mungkin berasakan akan berbahagi kasih antara dia dan ibu kandung Lyta. Jadi hal ini perlu diperhalusi sebaik-baiknya.
Kak Gee cadangkan supaya Lyta tidak terus bertanya tetapi mulakan soalan sedikit demi sedikit. Pada masa yang sama, Lyta juga perlu meyakinkan ibu Lyta bahawa kasih sayang Lyta tidak akan berbelah bagi terhadap dirinya. Tunjukkan pada ibu Lyta bahawa dia tiada penggantinya walau apa pun terjadi.
Kak Gee harap nasihat Kak Gee buat Lyta boleh digunakan sebaik mungkin. Jangan guris hati mereka yang sangat menyayangi kita biarpun bukan dari darah daging kita sendiri.
Salam sayang daripada Kak Gee buat Lyta sekeluarga!
Itu kisah Lyta, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video