PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : Suami Terlampau Pembersih, Isteri Dah Naik Rimas! Tak Sanggup Tanggung Malu

gempak
Kak Gee
19/07/2020
11:02 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee : Suami Terlampau Pembersih, Isteri Dah Naik Rimas! Tak Sanggup Tanggung Malu

Soalan:

Salam Kak Gee, boleh panggil saya Mun je.

Saya dah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Masalahnya sekarang sikap suami saya sejak akhir-akhir ini sangat menjengkelkan.

Dulu dia tak macam ni tau, sejak dua tiga bulan ni je sikap dia berubah.

Dia jadi terlalu pembersih.

Sampaikan setiap hari dia ambil masa sejam dua untuk bersihkan tandas.

Barang make up saya pun dia sibuk nak bersih cucikan, katanya kuman banyak.

Memang bagus Kak Gee tapi kalau melampau sangat saya jadi rimas.

Orang pun dah mula mengata, malu saya.

Jawapan:

Walaikumsalam Mun. terima kasih kerana #PMTepiKakGee.

Pertama sekali Kak Gee mahu bagaimanakah titik permulaan tercetusnya semangat suami Mun ini.

Adakah selepas dia mengikuti ceramah atau hanya mendengar ceramah di YouTube.

Mungkin dari situ Mun boleh tahu punca ini semua berlaku.

Kedua, Kak Gee rasa mungkin Mun boleh nasihatkan suami supaya kurangkan sedikit kekerapan membersihkan barang rumah tu.

Mungkin boleh tetapkan masa untuk dia mencuci daripada setiap hari kepada 3 kali seminggu?

Mungkin juga Mun boleh dapatkan penerangan pakar bagaimana kuman membiak dan berapa tempoh jangka hayat ia hidup di persekitaran.

Daripada info yang tepat dan saintifik, mungkin suami akan mendengar kata.

Cuba ya!

Itu kisah Mun, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?

Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.

KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor. Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live