PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Teman Lelaki Suruh Buka Tudung... Macam Mana Ni?

gempak
Kak Gee
09/06/2020
12:37 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee: Teman Lelaki Suruh Buka Tudung... Macam Mana Ni?
SOALAN:
Salam Kak Gee. Saya Dina dari Klang. Saya ada masalah dengan teman lelaki saya.
Saya namakan dia B. Saya dan B dah bersama selama dua tahun dan sejujurnya, saya selesa dengan dia.
Masalah dia sekarang ialah dia mahu saya buka tudung. Saya sendiri pelik Kak Gee.
Semuanya bermula apabila saya upload foto throwback tak bertudung ketika sekolah menengah di Instagram.
Dia seakan obses dengan gambar itu dan mahu saya membuka hijab.
Katanya, saya kelihatan cantik bila tak bertudung.
Saya rasa rimas sebab saya baru sahaja empat tahun bertudung dan mahu terus kekal istiqamah.
Perkara ini pun buat saya berfikir mengenai hubungan kami dan ia mendatangkan ragu-ragu.
Apa yang saya perlu saya buat Kak Gee?
JAWAPAN:
Salam Dina.
Bagi Kak Gee, Dina perlu tanya semula kepada teman lelaki Dina, apakah yang dimaksudkan dengan membuka tudung?
Pada pendapat Kak Gee, seorang teman lelaki seharusnya berperanan sebagai seorang individu yang boleh memimpin kita ke jalan yang baik kerana teman lelakilah yang bakal menjadi suami kita kelak.
Dina patut tanya semula hati Dina, adakah soalan terbabit dia tanyakan sebagai gurauan atau dia berniat serius?
Perkara ini boleh mendatangkan keraguan dalam hati Dina, lagi-lagi Dina dan B sedang menjalin cinta.
Dina ambil masa, bertenang dan kembali bermuhasabah diri untuk memikirkan semula mengenai perkara ini.
Jika hati Dina masih sayangkan B, tegur dia dan beritahu yang Dina tak selesa dengan perkara terbabit.
Kak Gee rasakan, takkan sebab satu perkara jahat yang B buat, ia boleh menjejaskan hubungan kalian kan?
Jadi, berfikir sejenak, renung semula dalam-dalam dan datang dengan keputusan terbaik.
Tinggalkan rasa ragu-ragu dan berfikir secara rasional, pasti Dina dapat jawapannya.
Semuanya terletak di tangan Dina.
---
Itu kisah Dina, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024