PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee : Terpedaya Dengan Janji Manis Ustaz, Duit RM1000 Gadis Ini Lebur!
Soalan:
Hi Kak Gee, nama saya Nad dan saya berusia lingkungan 20-an.Kisahnya saya baru je bekerja sekitar tahun lalu dan selepas ada duit sendiri saya teringin untuk memakai telefon canggih iPhone.
Masalahnya saya sudah terbeli dengan orang yang salah.
Saya tertipu oleh ustaz yang ajar mengaji, dia cakap iPhone 7 Plus tu cuma RM1000.
Saya termakan kata-kata manisnya saya pun melakukan transaksi.
Setelah beberapa hari bungkusan itu sampai tetapi iPhone Xs Max yang sampai tapi clone punya Kak Gee.
Saya tak tahu nak report kat siapa benda ni dah berlarutan sehingga setahun.
Yang Benar,
Nad
Jawapan:
Hi Nad, terima kasih memilih PMTepiKakGee untuk ceritakan masalah.Pertama sekali, Nad tidak sepatutnya membuat transaksi online dan harus memilih untuk berjumpa secara terus dengan penjual.
Ustaz ke, imam ke itu bukanlah tiket untuk kita mempercayai individu 100 peratus.
Adakalanya ia bukanlah seperti yang disangka dan mungkin hanya menyamar.
Tapi nasi pun sudah jadi bubur, Kak Gee nasihatkan Nad buat laporan di Tribul Pengguna.
Pastikan Nad ada resit atau bukti pembayaran, sekiranya buat pembayaran online, Nad boleh 'printscreen' sebagai bukti.
Selain itu Nad juga boleh laporan kepada Pusat Bantuan Cyber999, sebuah perkhidmatan awam yang menawarkan respons terhadap kecemasan berkaitan dengan keselamatan atas talian.
Semua insiden yang melibatkan jenayah siber boleh dilaporkan dengan telefon 1-300-88-2999 atau 019-2665850 (talian bantuan kecemasan 24-jam).
Kak Gee mahu Nad buat laporan bukan hanya untuk Nad, tapi untuk orang ramai yang mungkin menjadi mangsa seterusnya.
Itu kisah Nad, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu.
Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video