PMTepiKakGee

Yasin Sulaiman Kongsi Keadaan Selepas 10 Tahun Hidap Bipolar: "Sebelum Ini Saya Takut..."

gempak
Maliah Surip
28/06/2021
09:50 MYT
Sponsor Banner
Yasin Sulaiman Kongsi Keadaan Selepas 10 Tahun Hidap Bipolar: "Sebelum Ini Saya Takut..."
Sejak kebelakangan ini banyak berita kurang enak mengenai tindakan yang diambil oleh segelintir individu yang mengalami tekanan atau masalah kesihatan mental disiarkan akibat tekanan hidup selepas pandemik COVID 19 melanda dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) dilaksanakan di Malaysia bagi mengekang virus ini.
Menerusi program terbitan Gempak, #Sembang Tepi Kak Gee, hos iaitu Kak Gee bersama pakar psikologi klinikal Akif Basri membicarakan tentang masalah kesihatan mental agar ia mendapat perhatian yang lebih meluas serta pemahaman yang baik dalam kalangan masyarakat.
Salah seorang tetamu yang dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai kesihatan mental adalah penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman.
Ikut berbicara mengenai topik Depresi: Luar Bahagia, Dalam Sengsara, Yasin yang didignosis menghidap Bipolar 10 tahun lalu mengaku terkejut saat pertama kali disahkan sakit.
"Sebenarnya pada awal saya salah didignosis iaitu stress. Tapi kemudian baru didignosis ada Bipolar.
"Saya sendiri tak tahu mengenai Bipolar. Masa tu pula saya sedang mencipta nama so bila didignosis saya rasa 'eh aku dah gila ke apa ni?'" akui Yasin.
Penyanyi lagu Mimpi Laila itu kemudian mengaku mendapatkan rawatan kerana mahu sembuh. Ironi dia sendiri tidak mahu masyarakat tahu, apalagi mengenangkan dirinya dikenali kerana karier sebagai seorang pelaku seni.
"Saya mendapatkan rawatan kerana mahu selesaikan masalah ini. Sebelumnya saya tak pergi sebab takut reputasi karier dan pandangan masyarakat terhadap saya. Jadi atas faktor itu saya kekalkan sebagai rahsia.
"Jadi kemudian adalah episod Bipolar ini terjadi. Saya ingat episod pertama berlaku saya tidak tidur dua minggu, jadi hyper. Saya buat lagu, kerja studio dan buat semua benda. Selepas dua minggu baru saya rasa tak sihat, saya tumbang, jadi saya pergi hospital untuk rawatan," kata Yasin.
Tambah Yasin, hari ini dia berani berkongsi pengalamannya sebagai salah seorang penghidap Bipolar kerana sudah berasa lebih sihat dari kehidupannya sebelum ini.
"Saya yakin jika sekarang ada orang yang masih menghidap Bipolar, dia tidak akan berkongsi hal ini.
"Dulu ya (takut pandangan orang). Dalam keadaan itu menyusahkan saya bila saya fikir apa orang fikir pasal saya. Tapi untuk sekarang, saya selesa dengan diri sendiri," lanjut Yasin.
Biar pernah diuji dengan penyakit yang masih tabu dalam kalangan masyarakat untuk dibicarakan ini, Yasin bersyukur kerana diberi pengalaman dan pelajaran daripada 'keistimewaan' yang Allah berikan kepadanya.
Nak tahu lebih lanjut perkongsian Yasin mengenai penyakit ini dan tips bersama Akif, jangan lupa untuk tonton di platform Gempak.com dengan episod baharu pada setiap Khamis pukul 9 malam.
Siaran ulangan #Sembang Tepi Kak Gee juga boleh ditonton menerusi siaran di Astro Ria setiap Isnin pukul 9.30 malam atau anda juga boleh STRIM di Astro Go & On Demand serta dengarkan podcast #STKG di Anchor, Spotify.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live